"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA adalah singkatan daripada PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA MALAYSIA SEJORDAN. Dan ianya sebuah Program Mega dibawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA pada tahun 2011 ini merupakan PERTAMA Kali Ke-5 dan akan berlangsung pada 25-26 Februari 2011 bertempat di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Buka Mata Hati Kita

Peka Dengan Semua Isu Dunia Melibatkan Islam Adalah Tanggungjawab Kita, Jangan Dicampak Ke Mana-Mana Kerana Ia Adalah Salah Satu Soalan Untuk Anda Di Mahsyar.

Mahasiswa Timur Tengah Pencetus Perubahan

Ini adalah Tanggungjawab kita. Mujaddid Alaf Ini Mesti Lahir Dari Kalangan Kita. Kembalikan Aqidah, Syariat dan Akhlak Yang Asli Kepada Umat Ini Adalah Tugas Kita.

Strategi Ke Arah Biah Solehah

Mahasiswa Punya Keistimewaan Yang Membanggakan Jika Mereka Punya Jatidiri Muslim Yang Sejati. Kita Adalah Qudwah Untuk Masyarakat Di Sana.

Khamis, 31 Disember 2009

JUALAN & TEMPAHAN COP NAMA DARI SYRIA..



( sila klik untuk paparan yang lebih jelas)

PROMOSI HEBAT!!! JUALAN TAHUN BARU





(Sila klik untuk paparan yang lebih jelas)

Rabu, 30 Disember 2009

SUKA & DUKA : SEBELUM 2009 MENINGGALKAN KITA



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang              
Pujian dan segala kelayakkan yang tertinggi saya panjatkan ke hadrat ALLAH taala Tuhan yang Agung mentadbir sekalian alam. Saya bertitik tolak melafazkan dan memohon rahmat serta inayahnya yang berada di mana-mana, mudah-mudahan saya memperolehinya dan mampu berkongsi nikmat itu bersama semua manusia.
                Lafaz selawat dan puji-pujian saya ucapkan terutama kepada Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya. Semoga roh mereka yang hidup ini senantiasa bersama-sama untuk meneruskan perjuangan ini. Mari dengarkan nasihat dua kerat ini untuk kelangsungan iman kita bersama, semoga ia mampu mengubah kita kepada yang lebih baik.
Mahasiswa dan mahasiswa yang kukasihi,
                Melangkah ke tahun baru sudah lazim bagi harian kita. Terkadang tidak terasa perginya hari yang terlalu pantas meninggalkan hari semalam. Terkadang terasa pula hari ini dan semalam adalah serupa sahaja. Lalu hari-hari yang ditinggalkan itu seperti dibuang tanpa ada disertakan dengan amal yang boleh dinilaikan sebagai pahala atau kebajikan.
                Seorang mukmin yang hari ininya tiada peningkatan bahkan amalnya lebih buruk daripada semalam ia telah digolongkan sebagai mereka yang mendapat kecelakaan dalam KEHIDUPAN. Justeru, usaha mencantikkan amal dan prestasi walaupun sedikit tidak wajar diabaikan kerana ia merupakan bukti kesungguhan dalam bekerja. Maka, ia perlu diterjemahkan dalam setiap hari yang mendatang.
                Tibanya tahun baru 2010 ini seperti juga datangnya tahun 2009 yang lalu, siang akan tetap berubah ke hari malamnya. Cuma menunggu manusia dan insan seperti kita mahu merubah cara dan meningkatkan amal kebajikan samada kepada diri-sendiri dan ALLAH taala. Berubahlah demi masa depan bersama.       

Dunia MPPM : Suka Duka PERTAMA 2008
Masuk sahaja ke penggal ini, MPPM (Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia, Jordan) telah mencapai usia separuh penggal pemerintahannya. Sepanjang melalui beberapa tahun sejak bermulanya penubuhan MPPM, mereka yakni ahli kepimpinannya terus bersatu memajukannya sehingga ke tahun-tahun mendatang dengan tujuan segala kebajikan ahli terjaga dengan sempurna. Lalu mereka ini selayaknya diberi pujian dengan budi baik dan bakti yang sekian lama ditaburkan kepada kita.
Mahasiswa semua,
                Ketika kebangkitan mahasiswa di Malaysia bangun membela nasib rakyat, kita juga seharusnya mengambil langkah kebersamaan mereka untuk mengekori jejak itu. Lalu, PERTAMA menjadi medan mahasiswa di sini di bawah kesatuan MPPM untuk menjaga serta membela ahli sejagat. Bukan setakat itu sahaja, di dalam PERTAMA juga turut membincangkan isu-isu umat Islam dan sejagat membuktikan MPPM masih peka terhadap isu semasa umat ISLAM di sekitarnya.
                Palestin dan darah umat Islam di sana adalah juga sebahagian daripada darah daging umat Islam seperti kita. Kesakitan yang mereka alami merupakan kesakitan buat kita. Walaupun mahasiswa Malaysia Jordan tidak mampu ke sana menuntut perjuangan dan kebebasan tanah suci itu, tetapi sudah cukup meletakkan rasa simpati dan kebersamaan terhadap mereka sebagai bantuan spiritual untuk Palestin justeru di PERTAMA 2008 inilah MPPM membuktikan sikap dan pendirian mereka bahawa isu umat Islam sebegini amat penting di mata ahli.
Saudaraku yang dikasihi,
                Dalam pada simpati dan cakna yang kita beri kepada umat Islam di sana, namun ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan keadaan itu, mereka terlalu sensitif terhadap isu tersebut. Bagi mereka isu palentine tidak layak disentuh oleh mahasiswa seperti kita. Lalu terjadilah tragedi yang tak pernah difikirkan. Anjuran PERTAMA terpaksa dihentikan ketika slot kemuncak mahu dijalakan. PERTAMA seolah dihalau dari terus mengadakan persidangan.
                ALLAH Maha Kuasa, Dia tidak akan mengecewakan kumpulan yang membantu agamanya. Dari sebuah dewan yang selesa dan besar, PERTAMA beralih ke dewan yang kecil, tetapi persidangan tetap terus berjalan dengan semangat yang lebih besar, bertambah kuat serta berkoba-kobar. Semangat juang Ahli Jawatankuasanya memang kental. Syabas dan tahniah!
PERTAMA 2008 ada menyimpan memoirnya sendiri, dan ia pasti akan termaktub di dalam diari kecil MPPM.
Tulislah nanti.

Almarhum Ustaz Arman, Hilangnya yang Tiada Ganti
                Ketika artikel ini ditulis, Almarhum baru 2 hari meninggalkan kita. Episod perjalanannya di dunia yang fana’ ini sudahpun ditutup lembaran bukunya, hanya kita yang masih menunggu masa dan ketika datangnya detik kematian. Jika bukan hari ini, pasti esok atau lusa, tidak perlu berebut untuk merasanya kerana dia sudah berjanji untuk menyapa kita nanti. Cuma anda telah bersiap ataupun tidak.
Terpulanglah bagaimana resepsi persiapannya.
                Walaupun pemergian beliau bakal meninggalkan seribu satu kenangan manis bersamanya, kita sebagai seorang manusia yang masih dikurniai segenggam nyawa serta kudrat harus meneruskan perjalanan ini dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Pengajaran tentang baik buruk selepas kematian telah ALLAH taala lampirkan di dalam kitabnya serta diceritakan oleh Nabi saw di dalam setiap patah hadith sucinya. Tinggal kita sahaja yang bijak menilai makna kandungan tersebut.
                Kita bukan sahaja menangisi pemergian Allahyarham bahkan kita juga menyanjung budi beliau yang banyak menaburkan jasa dalam memperjuangkan kebajikan pelajar-pelajar di Jordan. Melahirkan rasa sedih dan terkilan sahaja belum memadai selagi kita tidak mampu mencontohi beliau dalam gerak-kerja dan peribadinya. Biarlah saya katakan saya tidaklah mengenali beliau seperti saya mengenali Ustaz Sulaiman, tetapi cukup saya nyatakan beliau orang  yang terbaik pernah saya temui. Dia juga sebagai ‘rakan’ saya.
Semoga rohnya dicucuri sebanyak-banyaknya Rahmat daripada ALLAH taala lalu dia ditempatkan bersama golongan yang mendapat ganjaran Syurga.

PRISMA sudah menjangkau Umur Dewasa!!
Sedar atau tidak sedar, persatuan yang sudah lama kita naungi ini sudahpun mencapai usia matang. Sejak ia mendewasakan diri dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, PRISMA kini sudah berani bergerak dan berdiri setaraf bersama persatuan-persatuan lain, dan yang paling membanggakan ia telah melahirkan beratus-ratus graduan ilmu yang masyhur. 
Siapa yang tidak mengenali dengan Profesor Ustaz Farid Ravi, beliau yang memegang tampuk barisan pertama kepimpinan PRISMA bukan sahaja telah membawa PRISMA ke persada keagungan tetapi pulang ke tanah air sebagai daie dan ikon masyarakat yang dikagumi. Lambat laun  saya mendoakan beliau akan mejadi tokoh masyarakat yang pula disegani.
Tanggal 15 Februari 1995, ramai yang belum mengetahui bahawa ini adalah tarikh keramat yang melahirkan bayi comel diberi nama PRISMA. Ketika itu ia belum sekukuh seperti sekarang, namun pembinaan tapaknya yang kuat menjadikan PRISMA sudah mampu berdikari sehingga mencapai umur 15 tahun. Tahun hadapan 2010 , ia bakal menyaksikan kewibawaan PRISMA dan kematangannya sepanjang menempuh tampuk pemerintahannya yang penuh liku dan cabaran.
Mahasiswa yang ku hormati,

Inilah Misi Ukhwah Kita.
Jika dahulu, PRISMA masih lagi ‘merangkak perlahan’ tetapi sekarang, kalau dinisbahkan PRISMA sudah menjadi ‘anak dara manis’ atau ‘bujang teruna’ yang boleh berlari pantas dan mampu merelevankan setiap mehnah yang dilalui. PRISMA saya yakin akan terus tabah walau berhadapan dengan sekuat mana ujian sekalipun, misi dan visi ukhwah serta kebajikan kepada ahli perlu diteruskan serta dilaksanakan. Saya pasti dan yakin, keikhlasan pimpinan yang menaunginya telah dianugerahi ALLAH taala suatu kekuatan yang amat luar biasa. Buktinya, Sehigga sekarang PRISMA masih lagi bernafas segar dan mampu memberi nafas kepada ahlinya.
Saya mahu mencadangkan kepada Ahli Majlis Tertingginya, pada tahun hadapan 2010 nanti, kita dan ahlinya mesti menyambut hari lahir PRISMA yang ke-15, saya mahu melihat ahlinya bersatu di atas nama UKHWAH FILLAH dalam pelukan PRISMA. Apa bezanya antara Negara Malaysia yang sudah berumur 54 tahun merdeka dengan umur 15 tahun PRISMA? Kita mesti menyambutnya, ayuh ahli-ahli PRISMA, nyatakan dan berilah sokongan kepada saya dan PRISMA untuk temasya itu nanti. Kita buat ini hanya untuk satukan ukhwah kita, apa salahnya kan?
‘Satu Mafraq, PRISMA Bertakhta di Hati’

Introspeksi (Aku.Kamu.Kita)
Sidang pembaca dan Mahasiswa yang saya kagumi,
                Saya menyeru kepada semua yang bergelar mahasiswa dan mahsiswi agar meletakkan dasar Ilmu dan Akhlaq sebagai pedoman di hadapan sekali. Dengan menjadikan Ilmu sebagai panduan untuk berakhlaq serta berketrampilan di dalam setiap tindak-tanduk, maka prinsip ilmu ini perlulah dipegang kukuh dan disemat di minda mahasiswa seperti anda. Akhlaq pula akan menampilkan realiti individu sejauh mana pratikal dan amali anda dalam KEHIDUPAN berilmu anda.
                Ilmu dan Akhlaq adalah dua mekanisma yang terpenting dalam janaan anda sebagai seorang yang bukan sahaja bergelar graduan tetapi daie yang bakal berhadapan dengan masyarakat suatu hari nanti. Anda adalah harapan masyarakat dalam menyebarkan keagungan Islam di Tanah Air kita, Malaysia tercinta. Saya katakan bahawa anda adalah mutiara satu di dalam seribu yang akan mencorakkan dan memindakan masyarakat Melayu kita dengan corak keagamaan dan kesantunan berbudaya, agar suatu hari Islam dapat ditegakkan dengan kejayaan seiring  sifat kesyumulannya yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jauhi Fitnah dan Persengketaan.
                ALLAH taala dalam kalamnya menyebut dua kali berkenaan besarnya dosa fitnah yang menjadi pencetus kepada persengketaan. Dosanya lebih besar dan dasyat daripada perumpamaan membunuh. Janganlah kita sekalian menjadi agen penfitnah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab dan Isterinya. Amatlah malang apabila seorang bertitle agama seperti kita sengaja menjerumuskan diri-sendiri ke lembah yang sehina itu. Ia bukan sahaja merosakkan ketenangan sebuah komuniti bahkan menanggung dosa yang terlalu besar sesama manusia.
                Justeru, marilah sesama kita ini menjauhi sifat pecah-belah seperti ini, janganlah cuba mengaibkan dan menghebahkan keaiban manusia antara manusia biarpun ia sebuah kesalahan, apalah sangat manfaat yang kita perolehi dengan mengaibkan manusia.  Lebih besar dan beruntung apabila kita sendiri yang berkorban menutup aib itu, ganjaran pahala pasti berpihak pada anda dan suasana ukhwah akan terus kukuh terjalin. Saya meminjam sepotong sabda Nabi saw yang berpesan:
‘Barangsiapa yang menutup aib manusia ketika di dunia, maka ALLAH taala akan menutupkan aibnya di akhirat kelak. (demikianlah sebaliknya)’





Akhirnya, berkata Soal Hidup.
Mahasiswa/wi yang dikasihi,
Akhir kalam saya, ingin saya berpesan kepada semua
                ** ‘Apabila menanti bilah-bilah hari menuju tahun baru nanti, ia adalah sebuah keinsafan. Helaian demi helaian amalan kita di dunia ini diminitkan dan menunggu masa untuk diterima dan disahkan. Dunia semakin tua dan sentiasa acap mengulangi kesilapan yang sama. Ia tidak lagi sedar kerana ia telah tua dan telah nyanyuk untuk mengerti erti sebuah iktibar dan keinsafan.
Semua kita semakin tua. Seorang ahli akhirat akan semakin terungkai daripada tubuhnya ikatan-ikatan duniawi dan tali-tali akhirat semakin galak memegangnya dengan kuat. Dia semakin mencintai akhirat dan menggilainya. Dunia semakin jauh meninggalkannya dan dia tidak akan berpaling lagi kepadanya.
Adapun ahli dunia, tali-tali duniawi terus mengikatnya dengan lebih kuat. Dunia menagih hutangnya yang belum langsai. Kezaliman dan kemusnahan yang dilakukannya menghambatnya sehingga sukar sekali tali-tali akhirat untuk mengikatnya. Ketika akhirat memanggil-manggilnya, dia terus menjengah pada dunianya yang penuh soal dan tanya.
Dia ingin mempertahan diri di hadapan dunia yang akan lebur, sedang akhirat menunggunya dengan cemeti dan belenggu azab dan kepedihan’ **
Apalah ertinya KEHIDUPAN jika ia tidak dimaknakan dengan sebuah redha ALLAH taala.
ALLAHUMMA, jadikan diri kami hari ini lebih baik dari KEHIDUPAN semalam. Mudah-mudahan diri kami terjauhi daripada golongan yang dirundung kecelakaan, amin YA ALLAH
Sekian.

Dedikasi oleh,
MOHD AFIQ MOHD SALEH
Setiausaha Agung,
Persatuan Mahasiswa Malaysia AL al-Bayt (PRISMA)
Sesi 2009/2010

TAJDID IQOMAH ANDA………!!!!!!!!!!!



                 Unit Perhubungan dan Penerangan (UPP) ingin mengingatkan kepada semua mahasiswa tahun 2009/2010 khusus kepada pelajar lama agar memperbaharui  iqomah anda sebelum tarikh tamat tempoh… Tapi jangan risau, sekiranya tarikh tamat tempoh iqomah anda telah berakhir  maka anda diberi peluang selama SEBULAN untuk membuat urusan memperbaharui iqomah …..
Perhatian :
-          Semua dokumen adalah salinan melainkan isbat tholib ( asli )
-          Mufaqoh hendaklah dibuat dengan bahagian hal ehwal pelajar, sila berurusan dengan     (MUHAMMAD AZAM )
-          Muwafaqoh siap mengambil masa selama 2 minggu atau lebih (Bergantung kepada kerajinan pengurusan ARAB )
-          Mereka yg telah tamat iqomah harap bertindak dengan segera .

Pemberitahuan ..
 Mulai Tahun ini pengurusan muafaqoh di wizarah dakhiliyah tidak membenarkan pelajar membuat iqomah sendiri.. Pelajar mestilah berurusan dengan pihak Universiti al Al-Bayt. Harap anda dapat bersabar. Kerana berurusan dengan Arab memerlukan tahap kesabaran yang tinggi…


*  Untuk maklumat pengurusan TAJDID iqomah, sila rujuk lampiran CARTA TAJDID IQOMAH.                                * Segala urusan TAJDID iqomah adalah secara persedirian. Harap maklum….

LAPORAN MOTIVASI CINTA DIRI



Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah,pada 22hb yang lepas Unit Akademik(UA) dan Unit Kebajikan dan Penempatan(UKP) PRISMA telah mengadakan Ceramah Motivasi “CINTAI DIRI” bertempat di Underground Villa Hijau selepas solat maghrib.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Saudara Mohd Firdaus dan bacaan ayat-ayat suci al-quran secara bertarannum oleh Saudara Fadhil Noor.
Kemudian,majlis diteruskn dengn sesi Motivasi oleh Penceramah Jemputan,Ustaz Nordin Bin Samah,Pelajar Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Albayt.Ustaz Nordin menerangkan kpd semua pelajar tentang kepentingn mencintai atau menyayangi diri sendiri.Ustaz juga memberikan nasihat-nasihat berguna yang dipetik dari Kitab Ihya’Ulumuddin,karangan Imam Al-Ghazali
Selesai sessi motivasi,ustaz nordin juga mengendalikan Slot S.W.O.T. untuk sessi ini ini para peserta diminta membahagikan kertas yang diedarkan kepada empat bahagian dan diminta untuk mengisi ruangan itu bagi 1.STERGTH 2.WEAKNESS 3.OPPURTUNITY 4.THREAT. setiap peserta mesti mengenalpasti kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman di sekeliling mereka bagi mencapai matlamat diri.
Majlis kemudian ditangguhkan selepas sessi menyampaikan cenderahati kepada penceramah oleh Ustaz Mohd Nasir.Presiden PRISMA. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan.Pihak PRISMA mendoakan agar kita sama-sama dapat mengambil manfaat dari apa yang disampaikan pada Ceramah Motivasi ini.Cintailah diri KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.
Disediakan Oleh:
Abu Bakar Bin Mohamad Noor,
Ketua Unit Kebajikan & Penempatan
Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Albayt(PRISMA)

QARAR PRISMA SESI 2009/2010





QARAR PRISMA.
1.       MAJLIS-MAJLIS RASMI
·         PERGAULAN SEMASA DI DALAM MAJLIS
-          Menjaga adab pergaulan semasa menghadiri program dan ketika bekerjasama
·         MASA
-          Tidak melebihi jam 11.00 malam
·         TEMPAT
-          Sediakan tempat khas untuk syabab dan akhawat
2.       MESYUARAT DAN LIQA’
·         MAKLUMAN
-          Mana-mana mesyuarat atau liqa’ yang diadakan hendaklah dimaklumkan kepada presiden atau Timbalan Presiden
·         MASA
-          Tidak melebihi jam 11.00 malam
·         PERLAKSANAAN
-          Untuk syabab dan akhawat (sebaiknya dengan bertabir atau dalam jarak yang sesuai)
-          Menjaga adab pergaulan.

3.       URUSAN DAN MAJLIS TIDAK RASMI
3.1   MAJLIS KERAMAIAN / JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
·         MASA
-          Hendaklah diadakan pada waktu siang sahaja (bagi majlis yang melibatkan syabab dan akhawat)
-          Hendaklah ditentukan waktu khas jemputan antara syabab dan akhawat bagi rumah yang mempunyai satu ruang tamu sahaja.
·         PERLAKSANAAN
-          Maklumkan kepada pihak AMT PRISMA ( tarikh, masa, tempat aktiviti atau majlis yang dilangsungkan).
-          Hendaklah pergi secara berkumpulan.

3.2. SAKIT / KECEMASAN
* PELAKSANAAN
- ``Maklumkan kepada pihak AMT PRISMA (sebelum Jabatan Penuntut Malaysia Jordan) dengan segera.
-     Memberi bantuan segera yang bersesuaian.

4.       AKTIVITI LUARAN (PERSENDIRIAN, REHLAH)
·         PENGANJUR & PESERTA
-          Memaklumkan kepada pihak AMT PRISMA berkenaan dengan aktiviti yang hendak dijalankan.
-          Maklumkan tentang adab bermuamalah.
-          Memastikan adab pergaulan dijaga dengan baik.
-          Tidak memiliki atau membawa sebarang objek berbahaya (contoh: pisau,senjata api, dadah)
-          Hendaklah mengikut garis panduan safar yang telah digariskan oleh MPPM
-          Sentiasa membawa dokumen pengenalan diri bersama (contoh : hawiyah, iqamah)

5.       TEMPAT PENGINAPAN
·         PERGAULAN AHLI RUMAH
-          Perlu menjaga adab pergaulan dan cara berpakaian di rumah
·         BARANG-BARANG
-          Elakkan mempamer dan menunjukkan barang-barang peribadi yang berharga kepada orang luar iaitu selain ahli rumah dan orang asing bagi mengelakkan kecurian sama ada ketika berada di dalam rumah atau di luar rumah.
·         TETAMU
-          Tidak membenarkan syabab berada berada di dalam rumah akhawat atau khawat berada di dalam rumah syabab tanpa sebarang urusan rasmi dan alasan munasabah.
·         KESELAMATAN
-          Memastikan  rumah sentiasa berkunci sama ada ketika berada di dalam atau di luar rumah
-          Memastikan dokumen penting dan berharga disimpan ditempat yang paling selamat

6.       PANDUAN KHAS
·         KELUAR MALAM
-          Tidak dibenarkan keluar pada waktu malam tanpa sebarang urusan penting yang tdak dapat dilaksanakan pada siang hari kecuali bersama dengan muraqib khususnya untuk akhawat.
-          Bagi akhawat diwajibkan muraqib bermula selapas Maghrib.
·         ETIKA BERPAKAIAN
(AKHAWAT)
-          Pakaian labuh dan longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh.
-          Pakaian hendaklah tidak jarang.
-          Warna yang tidak menarik perhatian.
-          Tidak mempamerkan sebarang imej yang menyalahi syara’.
(SYABAB)
-          Pakaian yang kemas dan tidak lusuh
-          Tidak mempamerkan sebarang imej yang menyalahi syara’ .
·         ETIKA PERGAULAN DI LUAR RUMAH
-          Tidak dibenarkan berjalan / makan bersama orang yang bukan muhrim bagi mengelakkan teguran yang dibuat oleh pihak unversiti dan pihak-pihak lain.
-          Tidak dibenarkan bergambar bersama bukan muhrim kecuali atas urusan rasmi bagi mengelakkan teguran seperti diatas.
·         KOMUNIKASI
-          Telefon, sms, mms, ym dan sebarang bentuk komunikasi atas urusan rasmi sahaja (khususnya antara syabab & akhawat)
-          Elakkan berurusan melebihi jam 11.00 malam (khususnya antara syabab & akhawat)
-          Menggunakan perkataan yang sesuai dan bertepatan dengan etika sebagai seorang muslim.
-          Tidak dibenarkan menghantar dan melayan mesej-mesej hantu dan lucah
-          Elakkan daripada gurau senda yang berlebihan (khususnya antara syabab & akhawat)
·         MENGHORMATI URUF MASYARAKAT ARAB
-          Menghormati jiran tetangga.
-          Adalah aib bagi masyarakat Arab sekiranya syabab & akhawat yang bukan mahram berjalan bersama.
-          Mestilah menjaga nama baik sebagai warganegara Malaysia.













GARIS PANDUAN SAFAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN

PERKATAAN
HURAIAN
Safar
Perjalanan yang membolehkan diqasarkan sembahyang iaitu sekitar 56 batu atau 90 km mengikut mazhab Syafie
Muraqib / Muraqibat
Wanita (Muraqibat)
Kriteria :
1.       Amanah dan dipercayai
Lelaki (Muraqib)
Kriteria :
1.       Amanah dan dipercayai
2.       Fizikal yang sesuai
3.       Dicadangkan oleh Presiden Persatuan Zon (PZ)
Jenis safar
(rujuk perincian di lampiran A)
1.Safar dekat :safar di dalam Jordan yang mengambil masa 3 jam atau kurang, perjalanan berkenderaan secara biasa.
2. Safar singkat : 3 hari atau kurang.
3. Safar lama : Lebih daripada 3 hari
4. Safar Jauh : Safar di dalam Jordan yang mengambil masa lebih daripada 3 jam perjalanan berkenderaan secara biasa.
5. Safar Keluar Jordan.

Perhatian
i-                    Perjalanan yang belum keluar dalam batas safar juga tidak digalakkan bersendirian.
Contoh : Mafraq – Amman, Mafraq – Irbid
ii-                  Khusus untuk siswi : bagi perjalanan keluar dari mantiqah masing-masing, yang tidak melebihi bataas safar , hendaklah bersama sekurang-kurangnya seorang muraqib siswi.
Pihak yang berkelayakan di dalam MPPM
(rujuk perincian di lampiran B)



Presiden PZ
Untuk safar dekat
Presiden PZ
Untuk safar singkat
Presiden PZ dengan makluman AMT MPPM
Untuk safar lama
Presiden PZ dengan makluman AMT MPPM
Untuk safar jauh
Presiden PZ dengan makluman AMT MPPM dan kelulusan JPMJ
Untuk safar keluar Jordan dan kes-kes kecemasan



Lampiran A

Jenis safar
Huraian
Muraqib wanita
(sekurang-kurangnya 2 orang, lebih ramai lebih baik)
Muraqib lelaki
Dari sudut jarak
Safar dekat
Safar di dalam Jordan yang mengambil masa 3 jam atau kurang , perjalanan berkenderaan secara biasa.
Contoh:

Irbid-Amman
Mu’tah – Amman
Mafraq – Mu’tah


Safar jauh




















Selasa, 29 Disember 2009

VIDEO PILIHAN

  1. MOTIVASI
  2. TAZKIRAH
  3. HARUN YAHYA
  4. IKTIBAR
  5. PENDIDIKAN
  6. DR ZAKIR NAIK

SEJARAH PENUBUHAN PRISMA

  
Tahun 1994 merupakan tahun pertama anak Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Mafraq. Mereka merupakan pelajar di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Yayasan Pahang. Mereka ditempatkan di sebuah universiti yang baru dibuka iaitu Al al-Bayt. Ketika itu, keadaan para pelajar agak tertekan akibat suasana universiti yang membosankan dengan kekalutan sistem pentadbiran tahun pertama universiti.




Rentetan daripada itu, semua pelajar telah membuat satu memorandum agar mereka dipindahkan. Empat orang wakil setiap tajaan menyampaikan memorandum ke Malaysia. Mereka ialah Suhaimi Sudin (KPM), Mahmood Kassim (KPM), Fakhrunnizam Ishak (JPA) dan Zulkarnain Ahmad (Yayasan Pahang). Pada 19 Disember 1994 Dato Amar Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan pada ketika itu merupakan wakil kerajaan Malaysia yang dihantar bagi meninjau sendiri keadaan sebenar Al al-Bayt yang akhirnya membawa keputusan yang mengecewakan. Memorandum mereka gagal. Akhirnya pelajar terpaksa akur untuk meneruskan pembelajaran di Al al-Bayt.

Setelah Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan (PMMJ) terkubur, pelajar memikirkan perlu untuk mereka bersatu di bawah satu kesatuan. Lalu terbitlah idea untuk menubuhkan persatuan universiti bagi menjaga kebajikan mereka khususnya di Mafraq. Satu jawatankuasa Penaja Persatuan dibentuk dan pada 23 Februari 1995 pilihanraya pertama diadakan untuk memilih barisan kepimpinan. Pada 25 Februari 1995 keputusan pilihanraya diumumkan dan tercatatlah sejarah Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt (PRISMA) yang ditubuhkan secara rasmi.

PRISMA adalah ringkasan daripada Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt dan dalam bahasa Inggerisnya ialah Malaysian Al alBayt Student Association (MASA). Ia telah ditubuhkan pada hari Sabtu, 25 Februari 1995M bersamaan 25 Ramadhan 1415H. Orang pertama yang memenangi kerusi Presiden yang dipertandingkan pada ketika itu ialah saudara Wan Rumaizi Wan Ismail, dari kulian Bahasa Arab. Beliau telah memegang tampuk kepimpinan selama dua tahun sebelum beralih kepada presiden berikutnya pada tahun 1997.

PRISMA ditubuhkan untuk memelihara hal ehwal kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Al al-Bayt Jordan di samping memelihara hal ehwal akademik mereka. Tidak lupa juga PRISMA diwujudkan untuk menjadi agen penyatuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sini dan menjadi wasilah antara mereka dan persatuan-persatuan lain yang ada di bumi Jordan demi menjaga dan menjamin kebajikan mereka.

Sekarang ini PRISMA merupakan sebuah persatuan yang ditadbir oleh enam orang Ahli Majlis Tertinggi bahagian siswa dan lima orang bahagian siswi yang diketuai oleh Presidennya yang dipilih melalui pilihanraya yang diadakan setahun sekali. Persatuan ini dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Jordan, dengan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) sebagai penasihat kehormatnya. PRISMA adalah persatuan universiti yang pertama ditubuhkan terus kekal dan berusaha mencapai objektif penubuhannya sehinggalah ke hari ini. 








PRESIDEN-PRESIDEN :
1995-1997                               : Wan Rumaizi Wan Ismail (Bahasa Arab)
1997-1998                               : Kamal Nazmi (Bahasa Arab)
1998-1999                               : Farid Ravi  Abdullah (Fiqh Wa Usuluh)
1999-2000                               : Azrulsham Baharan (Bahasa Arab)
2000-2001                               : Mohd Zaini Serjo (Bahasa Arab)
2001-2002                               : Mohd Azizi Yusof (Fiqh Wa Usuluh)
2002-2003                               : Mohd Nordin Abd Rahman (Usuluddin)
2003-2004                               : Noor Syahreer Hadi Munir (Bahasa Arab)
2004-2005                               : Affuan Che Mansor (Usuluddin)
2005-2006                               : Affuan Che Mansor (Usuluddin)
2006-2007                               : Mohd Subhi  Hussein (Fiqh Wa Usuluh)
2007-2008                               : Muhammad Azman Mohd Husin (Fiqh Wa Usuluh)
2008-2009                               : Sabran Jamil Abd Razak (Fiqh Wa Usuluh)
2009-2010                               : Mohd Nasir Tambi Chik (Usuluddin)
2010-2011                               : Mohd Fikri Khusainy (Fiqh Wa Usuluh)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More