"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Selasa, 29 Disember 2009

SEJARAH PENUBUHAN PRISMA

  
Tahun 1994 merupakan tahun pertama anak Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Mafraq. Mereka merupakan pelajar di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Yayasan Pahang. Mereka ditempatkan di sebuah universiti yang baru dibuka iaitu Al al-Bayt. Ketika itu, keadaan para pelajar agak tertekan akibat suasana universiti yang membosankan dengan kekalutan sistem pentadbiran tahun pertama universiti.




Rentetan daripada itu, semua pelajar telah membuat satu memorandum agar mereka dipindahkan. Empat orang wakil setiap tajaan menyampaikan memorandum ke Malaysia. Mereka ialah Suhaimi Sudin (KPM), Mahmood Kassim (KPM), Fakhrunnizam Ishak (JPA) dan Zulkarnain Ahmad (Yayasan Pahang). Pada 19 Disember 1994 Dato Amar Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan pada ketika itu merupakan wakil kerajaan Malaysia yang dihantar bagi meninjau sendiri keadaan sebenar Al al-Bayt yang akhirnya membawa keputusan yang mengecewakan. Memorandum mereka gagal. Akhirnya pelajar terpaksa akur untuk meneruskan pembelajaran di Al al-Bayt.

Setelah Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan (PMMJ) terkubur, pelajar memikirkan perlu untuk mereka bersatu di bawah satu kesatuan. Lalu terbitlah idea untuk menubuhkan persatuan universiti bagi menjaga kebajikan mereka khususnya di Mafraq. Satu jawatankuasa Penaja Persatuan dibentuk dan pada 23 Februari 1995 pilihanraya pertama diadakan untuk memilih barisan kepimpinan. Pada 25 Februari 1995 keputusan pilihanraya diumumkan dan tercatatlah sejarah Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt (PRISMA) yang ditubuhkan secara rasmi.

PRISMA adalah ringkasan daripada Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt dan dalam bahasa Inggerisnya ialah Malaysian Al alBayt Student Association (MASA). Ia telah ditubuhkan pada hari Sabtu, 25 Februari 1995M bersamaan 25 Ramadhan 1415H. Orang pertama yang memenangi kerusi Presiden yang dipertandingkan pada ketika itu ialah saudara Wan Rumaizi Wan Ismail, dari kulian Bahasa Arab. Beliau telah memegang tampuk kepimpinan selama dua tahun sebelum beralih kepada presiden berikutnya pada tahun 1997.

PRISMA ditubuhkan untuk memelihara hal ehwal kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Al al-Bayt Jordan di samping memelihara hal ehwal akademik mereka. Tidak lupa juga PRISMA diwujudkan untuk menjadi agen penyatuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sini dan menjadi wasilah antara mereka dan persatuan-persatuan lain yang ada di bumi Jordan demi menjaga dan menjamin kebajikan mereka.

Sekarang ini PRISMA merupakan sebuah persatuan yang ditadbir oleh enam orang Ahli Majlis Tertinggi bahagian siswa dan lima orang bahagian siswi yang diketuai oleh Presidennya yang dipilih melalui pilihanraya yang diadakan setahun sekali. Persatuan ini dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Jordan, dengan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) sebagai penasihat kehormatnya. PRISMA adalah persatuan universiti yang pertama ditubuhkan terus kekal dan berusaha mencapai objektif penubuhannya sehinggalah ke hari ini. 








PRESIDEN-PRESIDEN :
1995-1997                               : Wan Rumaizi Wan Ismail (Bahasa Arab)
1997-1998                               : Kamal Nazmi (Bahasa Arab)
1998-1999                               : Farid Ravi  Abdullah (Fiqh Wa Usuluh)
1999-2000                               : Azrulsham Baharan (Bahasa Arab)
2000-2001                               : Mohd Zaini Serjo (Bahasa Arab)
2001-2002                               : Mohd Azizi Yusof (Fiqh Wa Usuluh)
2002-2003                               : Mohd Nordin Abd Rahman (Usuluddin)
2003-2004                               : Noor Syahreer Hadi Munir (Bahasa Arab)
2004-2005                               : Affuan Che Mansor (Usuluddin)
2005-2006                               : Affuan Che Mansor (Usuluddin)
2006-2007                               : Mohd Subhi  Hussein (Fiqh Wa Usuluh)
2007-2008                               : Muhammad Azman Mohd Husin (Fiqh Wa Usuluh)
2008-2009                               : Sabran Jamil Abd Razak (Fiqh Wa Usuluh)
2009-2010                               : Mohd Nasir Tambi Chik (Usuluddin)
2010-2011                               : Mohd Fikri Khusainy (Fiqh Wa Usuluh)

3 comments:

ASSALAMUALAIKUM...

Wan Rumaizi Wan Ismail, dari kulian Bahasa Arab << PEMBETULAN!

KULIAH FEQH WAL QANUN ATAU KULIAH SYARIAH...

Kepada saudara/i Wan Rumaizi.. syukran atas pemerhatian yang dibuat. Semoga gerak kerja blog ini akan lebih sempurna dengan kerjasama drpd semua ahli Prisma... =)

rindunya dengan al-al-bayt...

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More