"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA adalah singkatan daripada PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA MALAYSIA SEJORDAN. Dan ianya sebuah Program Mega dibawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA pada tahun 2011 ini merupakan PERTAMA Kali Ke-5 dan akan berlangsung pada 25-26 Februari 2011 bertempat di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Buka Mata Hati Kita

Peka Dengan Semua Isu Dunia Melibatkan Islam Adalah Tanggungjawab Kita, Jangan Dicampak Ke Mana-Mana Kerana Ia Adalah Salah Satu Soalan Untuk Anda Di Mahsyar.

Mahasiswa Timur Tengah Pencetus Perubahan

Ini adalah Tanggungjawab kita. Mujaddid Alaf Ini Mesti Lahir Dari Kalangan Kita. Kembalikan Aqidah, Syariat dan Akhlak Yang Asli Kepada Umat Ini Adalah Tugas Kita.

Strategi Ke Arah Biah Solehah

Mahasiswa Punya Keistimewaan Yang Membanggakan Jika Mereka Punya Jatidiri Muslim Yang Sejati. Kita Adalah Qudwah Untuk Masyarakat Di Sana.

Ahad, 20 Jun 2010

LAPORAN PROGRAM "OPEN YOUR EYES"


Alhamdulillah, segala puja dan puji dipanjatkan setinggi-tingginya kepada Allah s.w.t pemilik mutlak jagat raya kerana dengan limpah rahmat serta keizinanNya, dengan kerjasama Unit Perhubungan dan Penerangan di bawah Biro Kemahiran Insan maka program Open Your Eyes telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Walaupun perancangan hanya dibuat seminggu sebelum program dilaksanakan.

Program telah dijalankan pada 5 hingga 6 Jun 2010. Pada hari pertama para peserta seramai 24 orang termasuk dua orang muraqib telah berkumpul di depan asrama dan bergerak ke Aqaba pada jam 4 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Alhamdulillah peserta bersama AJK selamat sampai di Aqaba jam 11 pagi. Kami berkumpul di taman rehat berdekatan hotel dan sedikit taklimat pengisian diberi oleh pengarah program.

Selepas melapor diri di tempat penginapan para peserta telah diberi kebebasan untuk berjalan di sekitar kawasan peranginan Aqaba selama enam jam dan berkumpul semula di depan hotel jam 5.30 petang untuk bergerak ke pantai bagi meraikan khirijin dan BBQ, disamping AJK menyiapkan peralatan BBQ peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti bersama khirijin. Suasana amat meriah.

Pada hari terakhir di Aqaba, selepas melapor keluar dari hotel kami bergerak ke Gateway salah satu tempat pelancongan di Aqaba,apabila berada disini seolah-olah kita sudah menjelajah ke semua tempat di Jordan. Selepas makan tengahari dan solat jamak qasar zohor asar kami bergerak ke Wadi Rum, perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam dari Aqaba. Wadi Rum adalah salah satu padang pasir yang terbesar di dunia, terdapat lebih kurang lima belas kawasan yang boleh dilawati di sana. Selepas melawati beberapa kawasan,kami berhenti disuatu kawasan untuk melihat keindahan matahari terbenam, subhanallah memang cantik kejadian ciptaan-Nya. Dan kami mula bergerak pulang ke Mafraq selepas menunaikan solat jama' qasar maghrib isyak.
Secara keseluruhan program berjalan dengan lancar.

Timb. Unit Perhubungan & Penerangan sesi 2010/2011
Puteri Nur Azwa Bt. Hj. Megat Mohd Yusuf

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More