"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA adalah singkatan daripada PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA MALAYSIA SEJORDAN. Dan ianya sebuah Program Mega dibawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA pada tahun 2011 ini merupakan PERTAMA Kali Ke-5 dan akan berlangsung pada 25-26 Februari 2011 bertempat di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Buka Mata Hati Kita

Peka Dengan Semua Isu Dunia Melibatkan Islam Adalah Tanggungjawab Kita, Jangan Dicampak Ke Mana-Mana Kerana Ia Adalah Salah Satu Soalan Untuk Anda Di Mahsyar.

Mahasiswa Timur Tengah Pencetus Perubahan

Ini adalah Tanggungjawab kita. Mujaddid Alaf Ini Mesti Lahir Dari Kalangan Kita. Kembalikan Aqidah, Syariat dan Akhlak Yang Asli Kepada Umat Ini Adalah Tugas Kita.

Strategi Ke Arah Biah Solehah

Mahasiswa Punya Keistimewaan Yang Membanggakan Jika Mereka Punya Jatidiri Muslim Yang Sejati. Kita Adalah Qudwah Untuk Masyarakat Di Sana.

Selasa, 24 Ogos 2010

AHLAN WA SAHLAN KEPADA MAHASIWA/WI BARU UNIVERSITI AL-ALBAYT



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Selawat serta salam dipanjatkan buat kasih junjungan besar Muhammad saw. Juga para sahabat dan tabien. Moga-moga berada di dalam keberkatan dan kesinambungan kebaikan yang berkekalan.

Memulakan kehidupan baru di luar Tanah Air Malaysia adalah mengundang pengalaman baru serta persiapan yang rapi agar keselesaan dan kemampuan meneruskan kehidupan dapat di selaraskan. Apatah lagi hidup di luar Negara untuk mengejar cita-cita belajar dan berjaya dalam karier.

Sama seperti Negara-negara Arab yang lain, Jordan juga sebuah Negara Islam yang menjadi tujuan dan destinasi pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka ke sini. Antara destinasi lain selain Jordan yang juga menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia adalah MesirMoroccoYamanSyria dan Arab Saudi.

Walaupun Jordan tidak tergolong di dalam negara-negara Arab yang maju, tetapi ia di antara Negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi, kerana itulah, mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di sini perlu menyiapkan diri dengan pengurusan diri serta kewangan yang secukupnya supaya kehidupan dan pembelajaran mereka di sini tidak akan terganggu.

Sehubungan itu, PRISMA mengambil langkah inisiatif bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka di sini dengan merangka sedikit-sebanyak panduan serta kos sara hidup yang perlu dilengkapi oleh setiap mahasiswa. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua. 









SENARAI KEPERLUAN


A. SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH PERSATUAN

i. Gambar berukuran Pasport – 20 keping
ii. Salinan (photostate) Pasport – 10 helai
iii. Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli – 3 helai
iv. Terjemahan Sijil Lahir yang asli – 3 helai
v. Salinan i/c @ sijil lahir sendiri, ibu bapa,adk beradik 
   (bagi urusan zakat bagi yang datang secara private)



B. KEPERLUAN ASAS DIRI (PERIBADI)

- LELAKI

i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)
ii. Baju Batik (Untuk tujuan majlis-majlis rasmi)
iii. Baju Melayu sepasang (untuk tujuan Majlis-majlis rasmi)
iv. Koat Hitam atau gelap 
    (untuk tujuan majlis-majlis rasmi – boleh juga dibeli di Jordan)
v. Baju Kemeja / T-shirt sopan (pakaian ke Kuliah)
vi. Kasut Kulit (untuk tujuan majlis-majlsi rasmi)
vii. Jubah atau pakaian solat lain (sekurang-kurangnya 2 helai)


- PEREMPUAN 

i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)
ii. Baju kurung / Jubah (pakaian ke kuliah)
iii. Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc)
iv. Tudung (sekurang-kurangnya tiga (3) helai)
v. Stokin kaki dan tangan
vi. Telekung (2 helai), dan sejadah
vii. Blazer hitam/gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi-boleh juga dibeli di Jordan)
viii. Kasut hitam (untuk tujuan majlis-majlis rasmi)



C. KEPERLUAN MAKANAN

i. Perencah makanan segera utama seperti serbuk kari, serbuk kurma, serbuk sup,serbuksantan, serbuk kunyit dan lain-lain rempah yang biasa digunakan untuk memasak.
ii. Perencah masakan segera seperti nasi goreng, tom yam dan lain-lain.
iii. Makanan segera dan kering untuk persediaan hari raya.



D. UBATAN

i. Ubatan peribadi seperti lelah dan lain-lain pil 
  (kepada yang mempunyai sakit-sakit yang serius,disarankan menyediakan ubatan peribadi dalam kuantiti yang secukupnya)
i Pil-pil seperti Panadol, Ubat batuk, Minyak Angin dan lain-lain boleh diperolehi di sini.



E. PERSEDIAAN BELAJAR

i. Alatan Tulis
ii. Kamus Rujukan ( Bahasa Melayu – Bahasa Arab,Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu )
iii. Buku-buku rujukan terjemahan seperti Fiqh Manhaji,hadis40 dan Tafsir Al-Quran (versi melayu)
iv. Buku-buku rujukan sekolah menengah /IPTA yang berkaitan seperti kitab-kitab pengajian syariah dan nota-nota nahu.
v. Naskhah Al-Quran boleh didapati di sini dengan mudah dan harga yang murah


* senarai keperluan ini sebahagiannya boleh didapati di Jordan, kecuali 
senarai keperluan makanan. Para pelajar boleh memilih samada ingin membawanya dari Malaysia atau dibeli di sini.









SENARAI KEPERLUAN BAYARAN

A.        BAYARAN URUSAN PERSATUAN

Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Urusan Iqomah (pengesahan pelajar termasuk medical check-up)

JD 25


JD 47.00
RM 235
2.
Yuran Persatuan
JD 3
3.
Yuran Badan Kebajikan
JD 3
4.
Urusan Mua’dalah + (pengurusan)

JD 15 + JD 1


B.        BAYARAN PENDAFTARAN UNIVERSITI

1)         PELAJAR BIASA (SIJIL SPM)

a)         Pelajar Pusat Bahasa (Mubtadid & Mutawassit)

Bil.
Perkara
Anggaran
Jumlah
1.
Pusat Bahasa (1 fasal)
JD 270
JD 270
RM 1350

b)         Pelajar Pusat Bahasa (Mutaqaddim)

Bil.
Perkara
Anggaran
Jumlah
1.
Pusat Bahasa (1 fasal)
JD 270
JD 409
RM 2045

2.
Yuran Sambutan Pelajar
JD 15
3.
Insurans
JD 5
4.
Yuran Subjek (1 subjek JD 30)
JD 60 (2 subjek shj)
5.
Yuran Imtihan Mustawa
-          Bahsa Inggeris 1
-          Bahasa Arab 1
-          Komputer 1

JD 10
JD 10
JD 10
6.
Yuran Lain-lain
JD 29

c)         Pelajar Kuliah

Bil.
Perkara
Anggaran
Jumlah
1.
Yuran Pendaftaran Pelajar
JD 15
JD 199
RM 995
2.
Yuran Subjek (1 subjek JD 30)
JD 120 (4 subjek)
3.
Yuran Imtihan Mustawa
-          Bahasa Inggeris 1
-          Bahasa Arab 1
-          Komputer 1

JD 10
JD 10
JD 10
4.
Insurans
JD 5
5.
Yuran Lain
JD 29

* PENDAFTARAN PELAJAR SPM BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN IMTIHAN KAFAAH, SAMADA DITERIMA MASUK KE KULIAH ATAUPUN BERADA DI PUSAT BAHASA SELAMA SATU SEMESTER.


2)         TAJSIR (PENGAJIAN BERKEMBAR)

Bil.
Perkara
Anggaran
Jumlah
1.
Yuran Kemasukan Pelajar
JD 15
JD 534
RM 2670
2.
Yuran Sambutan Pelajar
JD 25
3.
Insurans
JD 20
4.
Yuran Subjek (1 subjek JD 90)
JD 360 (4 subjek)
5.
Yuran Imtihan Mustawa
-          Bahasa Inggeris 1
-          Bahasa Arab 1
-          Komputer 1

JD 10
JD 10
JD 10
6.
Yuran Lain
JD 84

  • Pusat Bahasa adalah wajib bagi pelajar baru bukan arab kecuali pelajar tajsir

* Senarai Dokumen Yang Diperlukan Bagi Pendaftaran Pelajar Tajsir
1)      Gambar berukuran Pasport – 2 keping
-    Pendaftaran
-    Kad Matrik
2)      Salinan Pasport – 2 helai
3)      Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli serta salinannya 2 helai
4)      Terjemahan Sijil Lahir yang asli serta salinannya 2 helai
5)      Salinan Keputusan Pengajian Diploma (tahun 1 – 3) *



3)               PENDAFTARAN ASRAMA

Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Yuran Asrama
JD 105

JD 134.175
RM 670.90
2.
Insurans
JD 25
3.
Yuran Lain
JD 4.175








C.        BAYARAN TAMBAHAN

Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Pengangkutan ambil di lapangan terbang

Tertakluk kepada jenis kenderaan dan bilangan pelajar

Jumlah akan diberitahu selepas pendaftaran persatuan
2.
Percetakan
JD 2
3.
Tilam dan bantal *
JD 25
4.
Dapur Gas**
JD 22
5.
Gas**
JD 40

* keperluan asas yang disediakan oleh pihak persatuan bagi kemudahan pelajar yang menetap di rumah sewa.
** keperluan asas yang disediakan oleh persatuan dan bayaran bergantung kepada jumlah ahli yang menetap di rumah sewa.




KOS SARA HIDUP

A.        KOS KEHIDUPAN

            a.         Rumah Sewa

Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Sewa rumah hidup di Luar universiti (kos bagi sebulan – termasuk bayaran elektrik dan air)
JD 40 (seorang)



JD 110.00
RM 550

2.
Kos internet (jika menggunakan internet bagi pelajar yang hidup di luar universiti)
Bergantung kepada bilangan perkongsian.
3.
Tambang bas ke Universiti (bagi yang duduk di luar university)
JD 0.400 x 25 hari
= JD 10
4.
Makan dan minum (kos sebulan memasak) (L)
JD 2 x 30 hari = JD 60



B.        KOS SARA HIDUP TAMBAHAN

Bil:
Perkara:
Anggaran
Jumlah:
1.
Katil

JD 20



JD 130.00
RM 650
2.
Meja belajar / study
JD 10
3.
Almari pakaian (kayu)
JD 35
4.
Sobah gas (pemanas bilik gas)
JD 50
5.
Rak buku dan kitab-kitab (besi)
JD 15


·         * Kos sara hidup bergantung kepada penempatan dan keperluan yang dipilih oleh pelajar sendiri. Jadual di atas hanyalah panduan secara umum dan kasar. Jadual juga menggambarkan bajet untuk satu bulan sahaja.

·         * Jadual di atas adalah perbelanjaan tambahan bagi pelajar yang duduk di luar universiti. Keperluan rumah seperti kuali, gas, alatan memasak, pinggan, cawan, sudu-sudu, ampaian baju dan lain-lain tidak termasuk di dalam bajet di atas dan perlu dicari sendiri oleh pelajar.

·         * JD1 bersamaan RM5.00





Disediakan oleh,

ABU BAKAR BIN MOHAMAD NOOR
Setiausaha Agung
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universti Al-Albayt(PRISMA)
Tel : Jordan +962779990426
Email : abduhu_rahman87@yahoo.com
Hak Cipta Terpelihara 2010












Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More