"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Selasa, 3 Mei 2011

KEMATANGAN MAHASISWA

     
     Semua orang merasa seronok apabila telah mencapai usia 20 tahun dan ke atas. Bagi mereka, usia ini adalah usia yang menunjukkan kematangan dan kebebasan. Tidak ada kongkongan dan bebas membuat pilihan sendiri. Pada usia 20-an mereka dipanggail remaja. Kata mereka:
‘Dunia ini ana yang punya’
Jika di kampus pula, mereka digelar mahasiswa atau mahasiswi. Tidak kiralah di IPTA atau IPTS. Di luar Negara ataupun di dalam Negara, gelaran mereka tetap sama. Nama universiti akan sinonim dengan subjek mahasiswa sebagai penghuninya.
Yang pandai pun digelar mahasiswa, yang kurang pandai pun digelar mahasiswa. Yang baik pun mahasiswa, yang buruk juga mahasiswa. Yang matang itulah mahasiswa, yang tidak matang turut dipanggil mahasiswa.
Gelaran mahasiswa sudah bercampur-aduk menyebabkan nilai kualitinya telah di atasi oleh nilai kuantitinya. Seolah-olah ramainya mahasiswa menunjukkan tamadun sebuah Negara itu telah berjaya dan membangun, sedangkan yang betul-betul dan layak digelar mahasiswa matang cuma segelintir sahaja.
Mahasiswa yang berkualiti adalah seperti buah masak yang ranum dan sempurna. Tumbesarannya seiring dengan fizikalitinya tanpa ada cacat cela. Menjadi mahasiswa mestilah menjadi seorang manusia yang membesar dari sudut luaran dan dalaman.
Luarannya adalah fizikaliti manakala dalamannya adalah pemikiran. Ianya perlu membesar dengan seiring tanpa tertinggal.
Misalnya, sebutir Manggis yang masak haruslah berwarna ungu dan manis isinya, baunya pula harum serta mampu menarik haiwan untuk mendekati buah tersebut.  Tetapi jika Manggis tersebut telah masak namun isinya tawar atau masam, ia tidak boleh dipanggil sebagai Manggis yang masak ranum jauh sekali buah yang benar-benar matang.
Begitulah mahasiswa, jika kita sekadar membesar sebagai mahasiswa dari sudut luaran semata-mata, kita ibarat buah Manggis yang masak tetapi masam rasanya. Luar nampak cantik tetapi dalamannya tidak cantik. Jangankan kata manusia untuk menjamahnya, burung pun tidak mahu dekati.
Nampak macam seorang mahasiswa, tetapi pemikirannya tidak seperti mahasiswa.
Kadangkala kita dipaksa untuk membesar tetapi kita sendiri mengabaikan aspek dalaman yang sepatutnya diutamakan, lalu menyebabkan tumbesaran umur mahasiswa tidak selari dengan tahap pemikiran mereka. Jangan terkejut jika ada mahasiswa yang sudah menjangkau 25 tahun tetapi sikap dan tingkahlakunya tidak ubah seperti pelajar sekolah menengah.
Ayuh, kita adalah mahasiswa yang matang bukannya mahasiswa yang trang tang tang!

SIAPAKAH MAHASISWA MATANG?
  1. Mahasiswa yang matang adalah mahasiswa yang rasional dalam tindakan dan berfikir di luar kotak pemikiran.
Kematangan perlu dipupuk dan ia tidak akan datang dengan sendiri. Rasional pula perlu dilatih kerana ia berkaitan dengan aspek emosi. Biasanya pemikiran yang matang akan diterjemahkan melalui tindakan yang rasional, sebaliknya tindakan yang buruk akan dipengaruhi oleh emosi dan nafsu.
Apa yang terjadi dalam realiti mahasiswa yang tidak matang adalah mereka cenderung bertindak menurut nafsu dan emosi lalu mengabaikan aspek rasional. Jika ini yang terjadi kepada mahasiswa, kita sama seperti seorang kanak-kanak yang bertindak mengikut kesukaan (nafsu) mereka tanpa memikirkan rasional (baik atau buruk).
Ingat, mahasiswa yang matang mesti berfikir sebelum bertindak. Jika mahu bersuara, pastikan suara kita mempunyai impak yang besar dan bermanfaat kepada orang lain.
  1. Mahasiswa yang matang mesti mampu berfikir apa yang orang lain tidak nampak untuk kemaslahatan diri sendiri dan orang lain.
Jika kita sebagai mahasiswa, janganlah kita hanya berfikir bagaimana untuk belajar semata-mata, tetapi fikirkan juga bagaimana dengan pelajaran dan ijazah tersebut kita bisa membantu masyarakat kelak. Fikiran mahasiswa mestilah jauh ke hadapan lebih jauh daripada apa yang kita tidak nampak.
Usahlah menjadi seperti orang asli yang tinggal di hutan, bila ditanya tentang apakah yang ada dalam dunia ini? mereka hanya tahu, pokok durian dan pokok rambutan, air sungai dan haiwan-haiwan yang pernah mereka temui. Paling tinggipun pengetahuan mereka, mereka hanya tahu mencipta lembing dan pisau, sedangkan di luar sana sudah ada bangunan yang tinggi dan kapal terbang yang boleh berlegar-legar di udara sama seperti seekor burung.
Tidak salah tinggal di hutan atau di kampung, tetapi dalam masa yang sama kita perlu mengambil tahu tentang dunia luar dan apa yang sedang berlaku di sana. Itulah yang dimaksudkan mahasiswa yang berfikir di luar kotak pemikiran.
  1. Mahasiswa yang matang adalah mahasiswa yang menjaga imej dan personalitinya.
Cuba anda bayangkan jika Yang Di Pertuan Agung hanya berseluar pendek dan memakai t-shirt ringkas ketika turun melawat rakyat jelatanya, sudah tentu akan hilang gah seorang raja yang berdaulat walaupun tidak salah jika baginda mahu berpakaian sedemikian rupa. Pasti ada yang berbisik:
‘Ek eleh, ini ke raja kita yob? Sempoi gila, macam bukan agung pun ye!’
Begitulah jua pada imej seorang mahasiswa, berimejlah dengan imej yang sepatutnya, kita harus bijak memilih personaliti mahasiswa yang bersesuaian, tidak kiralah dari sudut berpakaian lebih-lebih lagi dalam soal akhlak.
Tidak salah jika mahu berjeans dan bertopi, tetapi biarlah topi yang melambangkan imej kemahasiswaan. Imej ‘seorang’ Manggis (mahasiswa) mesti kita pelihara kerana ia adalah prinsip. Tidak ada orang yang sanggup makan Manggis yang berwarna hijau atau yang sedang putik.
Akhir kata, jadilah mahasiswa yang benar-benar mahasiswa dan berkualiti. Bermula dengan langkah yang kecil sekarang untuk langkah yang lebih besar nanti. Selamat menjadi sebiji ‘Manggis’ yang masak ranum!

Oleh,
NURUL HUSNA BT MOHAMED @ ISMAIL
TIMBALAN PRESIDEN II PRISMA 2010/2011

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More