1. Pencalon ( yang mencalon ) hendaklah terdiri daripada mereka yang mendaftar sebagai ahli rasmi dan ahli bersekutu PRISMA.
1.1 Ahli rasmi PRISMA menurut definisi SPR adalah:
o Warganegara Malaysia.
o Penuntut di peringkat Sarjana Muda di Jordan.
o Mendapat pengesahan Majlis Tertinggi.
o Menerima dan mengakui perlembagaan PRISMA.
- Manakala calon ( yang dicalon ) hendaklah terdiri daripada penuntut Ijazah Sarjana Muda ( B.A ) yang layak mendaftar sebagai AHLI RASMI menurut definisi SPR samada berada di Malaysia atau di Jordan. Calon tersebut telah memulakan pengajian di jordan atau mempunyai baki selama 3 semester sebelum tamat pengajian.
3. Bagi calon tahun satu (1) dan calon pengajian berkembar mestilah paling minima telah memulakan pengajian di Universiti Al-Albayt selama 2 semester.
- Setiap Mahasiswa/mahasiswi yang memenuhi syarat-syarat sebagai pencalon berhak mencalon seramai sembilan ( 10 ) orang daripada pihak siswa dan lapan ( 10 ) orang daripada pihak siswi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai calon. Sebarang pencalonan yang melebihi bilangan yang ditetapkan akan ditolak. Bilangan paling minima pencalonan adalah sembilan ( 9 ) nama bagi siswa dan sembilan ( 9 ) nama bagi siswi. Sebarang pencalonan yang kurang dari had minima yang ditetapkan akan ditolak.
- Setiap pencalonan hendaklah disertakan dengan sokongan. Penyokong pula hendaklah terdiri daripada mereka yang layak mencalon dan bukan dari kalangan anggota SPR. Kecuali kes-kes tertentu.
- Anggota SPR layak untuk mencalon dan dicalonkan manakala Pengarah SPR dan Timbalan Pengarah SPR BOLEH mencalon dan TIDAK BOLEH dicalonkan.
- Borang-borang pencalonan yang telah diserahkan kepada pihak SPR tidak boleh ditarik balik.
- Sebarang pencalonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berhak ditolak oleh SPR.
- Peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR adalah muktamad.
TEMPOH PENCALONAN
- Tempoh pencalonan bermula pada 30 APRIL 2011 jam 3.00 petang - 1 MEI 2011 jam
- Pencalonan yang dikemuka selepas dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan oleh SPR.
- Borang-borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada:
Siswa : Aminuddin Madil Siswi : Nadhirah Mohd Farid
Zyad Hadrami Nasaruddin Nor Aqma Zulaikha binti Roslan
Huzaifah Basit Norfarhana Ahmad Ghafar
Abdullah Su’ady Ramadhan Mohd Nasir Nurjannah Roslan
Nur Shahirah Ahmad
4. Keputusan setelah pengesahan akan diumumkan selepas SPR mengira keputusan pencalonan.
0 comments:
Catat Ulasan