"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Selasa, 15 Mac 2011

LAPORAN KEMBARA ANBI'A 2011 (syabab)


MAFRAQ , 28 JANUARI 2011 – Bertemakan “Menyulusuri Seindah Tinta Anbia” dengan itu Unit Perhubungan dan Penerangan (UPP ) telah menganjurkan sebuah program berbentuk jaulah yang diberi nama Kembara Anbia’. Jaulah ini telah diadakan pada 16 – 18 januari 2011 dan berlangsung di sekitar Jordan iaitu Tempat Perang Yarmouk, Ajloun, Bukit Nebo, Mutah, Qolaah Salahuddin Al-ayubi, Wadi Musa, Petra, Aqobah dan Wadi Rum. Antara objektif jaulah ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang sosio-geografi Jordan, menanamkan sifat berat sama dipikul ringan sama dijinjing dikalangan peserta, mengambil istifadah daripada tempat yang dilawati dan ingin melahirkan peserta yang kental, bersemangat waja dan tahan ujian serta beriltizam dengan masa.
  Jam 8 pagi adalah waktu dimana jaulah ini mula bergerak dari Mafraq ke Tempat Perang Yarmouk yang merupakan kawasan perang antara para muslimin dan pasukan Romawi Timur ( Byzamtium ). Ketua bagi para muslimin pada ketika itu adalah Khalid Al-Walid. Setelah 30 minit berada di sana, jaulah ini diteruskan ke Ajloun yang mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke sana. Ajloun adalah kubu pertahanan pada zaman pemerintahan Rom. Walaupun cuaca ketika itu yang agak berkabus, para peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai tanda kenang- kenangan setiap sudut kubu itu. Perjalanan jaulah diteruskan ke Bukit Nebo sebagai destinasi terakhir untuk hari pertama sebelum berehat di Mutah. Setibanya di sana, para peserta dikhabarkan dengan berita kurang menarik apabila Bukit Nebo sudah tutup untuk dikunjungi. Disini pihak penganjur memohon maaf atas apa yang berlaku. Hasil daripada perbincangan dikalangan peserta dan penganjur untuk mengubah destinasi ke Laut Mati sebagai persinggahan untuk makan malam sebelum berangkat ke Mutah untuk berehat.

Hari kedua jam 7 pagi jaulah diteruskan ke Qolaah Salahuddin Al-Ayubi di Karak. Kawasan ini merupakan tempat pertempuran antara tentera Salahuddin Al-Ayubi dan Tentera Salib di Kota Karak. Peserta menghabiskan masa
lebih kurang satu jam untuk  melihat monument dan permandangan yang menarik di setiap sudut kawasan. Setelah itu, jaulah meneruskan perjalanan ke Mazar iaitu satu kawasan yang terletaknya maqam para syuhada Islam daripada peperangan Mutah. Antara maqam yang dilawati adalah Zaid bin Haritha dan Ja’far Abi Tho’ib. Para peserta juga tidak terlepas untuk mengunjungi muzium lama yang ada disitu. Muzium itu dikatakan kawasan masjid dulu sebelum dibesarkan seperti yang kita lihat sekarang.
Jaulah meneruskan perjalanan ke Petra yang merupakan kawasan ditunggu-tunggu para peserta pada kali ini. Setelah makan tengahari yang disediakan peserta memulakan perjalanan untuk menjelajah sekitar petra yang dikenali sebagai antara kawsan ajaib dunia. Peserta yang buat kali pertamanya jejakkan kaki di Petra amat terpegun dengan seni ukiran yang tersegam indah di situ. Pada masa dulu, Petra merupakan ibu kota bagi suku Natabeans yang dipimpin oleh Raja Arates IV. Setelah  beberapa jam di Petra, jaulah diteruskan ke Aqobah sebagai tempat berehat dan menghilangkan segala keletihan setelah 2 hari menempuh perjalanan. Setelah pendaftaran kemasukan hotel telah selesai, para peserta dibawa bersiar-siar sekitar Aqobah untuk merasai sendiri suasana pada waktu malam di sana. Kemudian peserta pulang ke hotel untuk berehat awal bagi persediaan hari esok.
7.30 pagi keesokkan harinya, peserta dibawa ke Laut untuk menjalankan aktiviti mandi-manda disana. Kesejukan yang melanda tidak menghalang peserta untuk meneruskan aktiviti ini. Bagi mereka yang pakar berenang tidak dilepaskan peluang sebegini untuk mempergayakan pelbagai aksi dalam renangan masing-masing. Ada dikalangan peserta yang meluangkan masa disini untuk melepaskan segala tekanan dengan melihat permandangan di situ. Pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan mengikut selera peserta itu sendiri. Selesai menghabiskan masa di situ, peserta dibawa ke Bandar Aqobah untuk membeli belah sebelum berangkat ke destinasi berikutnya. Peserta juga tidak terlepas dari menikmati pengalaman menaiki bot kaca yang ada di sana. Pemandu bot sempat bergurau dengan memandu bot kaca pelbagai aksi bagi melihat gelagat penumpangnya sebagai warga asing di Jordan ini. Selesai pelbagai aktiviti yang dilakukan peserta, diteruskan perjalanan ke Wadi Rum sebagai destinasi pelengkap dalam jaulah ini. Peserta dibawa menjelajah 3 check point di sana. Wadi Rum merupakan kawasan yang pernah diduduki oleh penduduk Aad, Tsamud, Lihyan dan Ma’in.Bukti kewujudan mereka adalah terdapat lukisan pada dinding batu di sana.
Akhirnya tamatlah perjalanan jaulah untuk tahun ini. Peserta tiba di Mafraq pada jam 11 malam.  Semoga Jaulah ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada para peserta dalam menghayati keagungan dan keindahan ciptaan Allah yang tiada bandingan. Terima kasih buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Semoga berjumpa lagi… Assalamualaikumm… 

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More