"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Isnin, 28 Mac 2011

MAKLUMAT ORGANISASI DI JORDAN


Assalamualaikum w.b.t
Kepada :
Semua Ahli
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
KENYATAAN RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN BERHUBUNG ISU PENUBUHAN ORGANISASI SELAIN PERSATUAN – PERSATUAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN

1) Berhubung dengan isu di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telah mendapat laporan tentang kewujudan organisasi/badan yang tidak berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan ( JPMJ ) dan telah menganjurkan program tanpa kebenaran MPPMJ mahupun JPMJ.

2) Sehubungan dengan itu , barisan kepimpinan MPPMJ telah bermesyuarat dengan pihak JPMJ dan mencapai kata putus bahawa tiada kebenaran diberikan untuk penubuhan badan-badan atau organisasi selain organisasi – organisasi yang telah berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia 
Jordan ( MPPMJ ), Persatuan-persatuan Zon (PZ) dan Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

3) Pihak MPPMJ berpendapat penubuhan MPPMJ, PZ dan BKAN yang berobjektifkan untuk menyatukan semua pelajar Malaysia tanpa mengira latar belakang dan menjaga kebajikan akademik, fizikal serta pembangunan rohani sudah mencukupi tanpa memerlukan penubuhan organisasi lain di Jordan.

4) Sehubungan itu, pihak MPPMJ tidak mengiktiraf kewujudan dan pergerakan organisasi yang tidak berdaftar di bawah JPMJ.

5) Oleh itu, pihak MPPMJ berharap semua ahli dapat bersatu di bawah persatuan-persatuan yang telah berdaftar dengan pihak JPMJ dan menjadikan persatuan – persatuan tersebut sebagai medan untuk menyumbang tenaga dan bakti, serta mengasah potensi yang ada.


Sekian, terima kasih.

Yang benar ;




……………………………………………………………
( MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH )
Presiden ,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2010/2011

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More