"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Selasa, 15 Februari 2011

SURAT PEKELILING




MEMO DAN PEKELILING  
______________________________________________________________________________

Kepada      : Ahli PRISMA

Daripada   : PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI AL aL-BAYT

Perkara     : Permohonan Menggunakan Rumah Sebagai Penempatan
______________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbth:

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia (PERTAMA) akan diadakan di Universiti Al al-bayt, Mafraq.


3.         Justeru, pihak PRISMA selaku tuan rumah amatlah berbersar hati dan memohon kepada semua ahli agar dapat bersedia untuk menerima para tetamu dari mantiqah luar dan memberi bantuan penempatan sepanjang PERTAMA berlangsung di mantiqah ini. Berikut adalah maklumat program :


                                                Tarikh    :  24 – 26 Februari
                                      Hari       :  Khamis - Sabtu
                                      Tempat   : Universiti Al al-bayt, Mafraq


4.         Sehubungan dengan itu,semua ahli PRISMA dialu-alukan untuk sama menjayakan program ilmiah ini dengan memberi sepenuh bantuan dan kemudahan bagi para peserta PERTAMA yang akan tiba nanti.


            Segala urusan atau pertanyaan boleh terus merujuk kepada ahli jawatankuasa penempatan saudara ABDULLAH SUA’DY ditalian 0775265077. Kerjasama dan jasa yang baik daripada semua ahli kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu khoiron jaza’.


Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
( Mohd Fikri B Muhamed Khusainy )
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Al al-bayt ( PRISMA )

1 comments:

Assalamualaikum wbt.. Salam 1JORDAN & 1MALAYSIA...he2 gurau jerk!!,Salam Ukhuwwah..nak tnya mengenai penempatan sedikit!! kalau boleh cuba terangkan sedikit, imarah mana-mana?? mungkin sahabat-sahabat diluar sana yang lain mesti tertanya??!!
sebagai permudah cara !!

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More