"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Selasa, 8 Februari 2011

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia (PERTAMA) Kali Ke-5

Ke Arah Memahami Fiqh Berinteraksi Dengan Non-Muslim


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau seru itu) dengan cara lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

QS an-Nahl: 125

Alhamdulillah, pujian dan tahmid senantiasa dirafa’kan kehadrat Allah Azza Wa Jalla di atas nikmat ilmu dan kurniaan memahami agama yang hanif ini. Selawat dan salam buat baginda Sallallahu ’alaihi wa sallam, pembawa risalah wahyu yang kekal hingga hari kiamat.

Masyarakat majmuk di Malaysia adalah salah satu dari entiti yang membezakannya dengan negara-negara lain. Bangsa dan agama serta adat yang pelbagai memerlukan kepada saling faham memahami antara satu sama lain. Ini untuk memastikan keharmonian dan perpaduan dapat terus dikekalkan di tanah air kita yang tercinta. Ianya sangat berkait rapat dengan fiqh interaksi dengan bukan Islam.

Keistimewaan ini seharusnya dijadikan ‘modal’ untuk kita menunjukkan Islam yang harmoni kepada mereka. Sebagai mahasiswa yang harus memahami waqi’ atau realiti masyarakat kita hari ini, Biro Pembangunan Minda dan Akademik, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) kali ini akan mengambil inisiatif untuk kita cuba merangka satu gerak kerja untuk pulang ke tanah air dengan mempunyai satu soft skill iaitu faham berkenaan fiqh berinteraksi dengan Non-Muslim.

Ini dilihat sangat penting kerana tanggungjawab dakwah adalah terpikul dibahu setiap dari kita selain memandang kepada perlunya pemahaman jelas berkenaan kaedah sesuai bagaimana cara bermuamalah dengan mereka.

Justeru itu, tanggungjawab dakwah kepada bukan Islam bagi memperlihatkan keindahan dan keharmonian Islam harus digerakkan. Dengan cara ini, MPPMJ yakin, kita boleh melahirkan graduan timur tengah khususnya dari Jordan yang mampu untuk berhadapan dengan realiti semasa dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sosial yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.


Pendaftaran bagi PERTAMA 5 telah pun dibuka. Daftarkan nama anda kepada :


0775211345 - RABANI BIN SHUKOR
0775265192 - RAIHAN ADILA BINTI ZAKARIA


Sertakan NAMA PENUH dan NOMBOR KAD PENGENALAN.



Video Promo PERTAMA 5


Tentatif PERTAMA 5


Laman web PERTAMA 5 boleh dilayari di : www.pertama5.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More