"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Selasa, 8 Februari 2011

BULAN PENGHAYATAN AL-AMIN


MASIKAH KAU INGAT???

Kandungan seorang ibu tidak seperti ibu-ibu lain yang merasa susah untuk menjaga kandungan. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Tanah-tanah kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat, haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya. Gajah-gajah yang ditunggang tentera bergajah berhenti dan berundur dengan izin ALLAH. Kemudian, datang burung Ababil menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Al-quran. Inilah antara peristiwa yang berlaku sebelum lahirnya kekasih yang sebenar-benar kekasih, Nabi Muhammad SAW.
Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah, terpancar nur dari tubuh badan seorang bayi. Nur tersebut menyinari sehingga ke istana Busra dan Syria. Ia dilihat solah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dlihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Aminah sendiri melihat baginda dalam kedaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ‘Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik’.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di Kaabah mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada ‘Abdul Mutalib, ‘Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada ALLAH. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ‘Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan menyucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan ALLAH SWT’.
Selain itu, di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.




Berdasarkan peristiwa tersebut, jelaslah kelahiran Nabi Muhammad SAW mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi ALLAH, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur, dan Injil sebagai rasul yang terakhir… Wallahu’alam…








UNIT DAKWAH & TARBIAH 2010/11

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More