"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Ahad, 13 Februari 2011

BULAN PENGHAYATAN AL-AMIN (Keluaran ke-2)


SALAM MAULIDUL RASUL

  Wahai rakan seperjuangan ku sekalian, pada yang sudi..ana ingin berkongsi, secebis perasaan yang makin berputik dihati, kali ini kita berbicara soal cinta..iaitu cinta kepada Rasulullah s.a.w

  Masya-Allah..hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa indahnya mencintai Rasulullah s.a.w, sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri beliau, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”, seindah Al-Quran..begitulah indahnya akhlak baginda. Tidak ada satu patah  perkataan Rasulullah yanh keluar dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian beliau..sememangnya tiada bandingan, tawadhu' & zuhudnya membuatkan yang berbicara bisa mengalirkan airmata.

  Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga, langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.  Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

  Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Humaira?”. Humaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

  Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

  Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya. Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.

  Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”. Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

  Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”

  Renung2 kan wahai rakan seperjuagan ku, indahnya akhlak baginda bukan sekadar bisa membuatkan kita mengalir airmata, malah ia membuatkan yang menghayati bisa jatuh hati, marilah bersama2 kita terokai akhlak baginda & marilah kita bersama amalkan akhlak baginda juga, tatkala kita turuti akhlak baginda sentiasa, moga makin berputik rasa cinta kita kepada baginda..

  Allahhumma solli a'la Muhammad wa a'la aalihi Muhammad










0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More