"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

Ahad, 7 Februari 2010

SUARA PRISMA KELUARAN KE-6


PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA AL AL-BAYT (PRISMA)
                 MALAYSIAN AL AL-BAYT UNIVERSITY STUDENTS ASSOCIATION

          Suara prismabil: 06

‘BAGAI RETAK MENANTI BELAH’
 Alhamdulillah pujian dan syukur kita hamparkan buat Tuhan sekalian alam kerana kurniaanNya yang tidak terhitung,gugusan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat didunia dan akhirat, kerahmatan dan kesejahteraan yang tak kunjung malap didoakan buat sahabat-sahabat baginda yang bersama-sama memastikan syiar Islam terus didokong sehingga ke hari ini.

Inilah kehidupan,yang kita lorek berlandaskan panduan dan petunjuk daripada Allah.Indah lorekan jika kita sentiasa menggunakan segala anggota dan kudrat untuk melakar kehidupan ini dengan sebaik mungkin dan begitu juga sebaliknya.Hidup memerlukan pertimbangan keimanan,tidak cukup dengan akal fikiran,kerana akal selalu memihak kepada hati sendiri, sedangkan iman cenderung membawa kita merasai apa yang dirasai oleh insan-insan disekeliling kita,oleh itu perkemaskan iman,agar ia mampu mempertimbangkan segala kewarasan fikiran.

Muqaddimah yang agak serius..Alhamdulillah,kerana rahmat-Nya,saya masih mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan terus melorek kanvas kehidupan ini dengan sebaik mungkin..insyaAllah..Sedar ataupun tidak kita telah berada di penghujung fasal awwal,dan sedar ataupun tidak ‘pemerintahan’ sesi 09/10 juga semakin menghampiri penghujungnya.Mudah-mudahan anda selaku ahli Prisma sentiasa memberikan komitmen terhadap kami dan mudah-mudahan kami mampu memberikan dan melakukan yang terbaik untuk ‘pemerintahan’ yang hanya berbaki 4 atau 5 bulan saya kira.

Melihat pada maslahah umat yang berlaku di persekitaran bumi Mafraq ini..terdetik untuk saya menulis sesuatu berkaitan Riak & Takabbur dan Ukhwah..tetapi sebelum anda meneruskan pembacaan anda,saya mengajak sahabat-sahabat sudi apalah kiranya sama-sama berlapang dada dari segala permusuhan mahupun persengketaan dan adalah lebih feeling jika anda mainkan lagu ‘Layar Ukhwah’ dendangan Kassyaf-Mafraq  ketika membaca coretan hati ini.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Hujurat, ayat12 yang mana mafhumnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah dari perasaan berprasangka (buruk sangka), sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu ada dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah sekalian daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Oleh yang demikian, bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Pengasih Sayang”
Surah Al-Qasas, ayat 76
“ Jangan kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.”

mafhum Surah Al-Hujurat,ayat 10
“Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahma”.

Sahabat...
Jangan sekali-kali kita menganggap diri kita sudah cukup baik dan terselamat dari kejahatan dunia. Jangan kita anggap diri kita sudah cukup beriman sehinggakan tidak  rasa yang kita tidak akan melakukan kesilapan..jangan kita fikir, langit cerah hingga ke petang, walaupun tidak mendung, tetapi dengan kuasa Allah..biar panas hujan akan turun jua. begitu juga dengan hakikat hidup kita di dunia..Allah sememangnya memberikan pelbagai keistimewaan dalam diri kita, pelbagai kesenangan dan pelbagai nikmat..dan boleh dikatakan kita kadang-kadang  rasa lebih dari orang lain..tetapi ingat!!hanya dengan  sekelip mata Allah juga mampu menarik segala nikmat yang diberikan.

Sahabat...
Ingatlah..kita sama-sama berjuang untuk mendapat syurga Allah..sama-sama berjalan di bumi yang Allah pinjamkan untuk kita..sama-sama menghirup oksigen yang diciptakan Allah untuk kita hidup..kita sama-sama dijadikan daripada tanah..jadi, janganlah kita mengangkat diri,jangan sekali-kali riak dan takabbur..

Sahabat..
Jangan rasa diri mulia..orang lain dianggap hina..hanya kerana dirimu bersih dari melakukan sebarang maksiat..sebab kita merasa diri kita orang yang warak,baik,rajin,pandai,bijak..cukupkah dengan sedikit faktor itu kita sudah menjadi riak?Sehingga kadang-kadang kita mengenepikan kawan-kawan kita yang kurang warak..menjauhi rakan yang kurang baik..memboikot sahabat yang pemalas.Astaghfirullah.Jangan sampai kita mengenepikan sesiapa,sehinggakan kita berpaling wajah dari melihat wajah kawan kita yang kita rasa tidak layak berkawan dengan kita..malah kita enggan menerima sebarang pendapat yang dikemukakan oleh orang yang kurang bijak dan malas daripada kita..wajarkah??Astaghfirullah..

Sahabat..
Jangan sekali-kali kamu tahu mengkritik orang sahaja..mengkritik tidak salah, tapi biarlah secara berhikmah. Mulakan dengan perubahan diri kita dulu.Sifat mengkritik inilah yang lahir dari sifat takabbur..bila kita merasa diri terlalu bagus dan cukup baik, kita akan nampak banyak kelemahan orang..kita akan rasa semua perbuatan dan kelakuan orang adalah salah. tapi mengapa? Mengapa enggan memperbaiki diri bersama.




Sahabat..
Kalau dirimu merasa mulia..
Bimbinglah aku agar mulia sepertimu..
Andai dirimu merasa bijak pandai..
Pimpinlah tanganku seiringan cemerlang bersamamu..
Jika dirimu merasa sudah cukup baik..
Peluklah aku supaya aku juga turut dapat merasa kebaikan dan keikhlasan hatimu..
Aku tidak inginkan cacian..celaan daripadamu..
Jangan lepaskan tanganku dan jangan biarkan aku hanyut bersama arus dunia yang fana..
Jangan kau palingkan wajahmu hanya kerana kau benci melihat wajahku yang tidak secantik atau semacho wajahmu..


Sahabat..
InsyaAllah coretan dari hati ini dapat memberi sedikit kesan di hati sesiapapun yang membaca..Walaupun picisan ini tidak sehebat dan sehangat hasil tangan ‘bloger-bloger’ di daerah ini,namun bukanlah kehadiran SUARA PRISMA kali ini untuk menghangatkan lagi keadaan..apa yang diharapkan..natijah selepas ini ialah,tidak kira sesiapapun kita,kenal pasti kemampuan diri dan salurkanlah disaluran yang betul.Gunakan segala anggota dan kudrat yang dianugerahkan bagi menghasilkan kehidupan seorang mukmin yang muttaqin.Sepertimana saya katakan di awal tadi,hidup ini perlukan pertimbangan keimanan,tidak cukup bergantung seratus peratus kepada akal fikiran kerana akal selalu memihak kepada hati,bak kata pepatah ‘ikut hati mati’..Maka marilah sama-sama kita memperkasakan iman..peringatan ini khas buat diri saya sendiri juga buat sahabat-sahabat sesama Islam yang disayangi..insyaAllah..Sama-sama kita menjalinkan ukhwah yang penuh dengan Mahabbah yang membawa kita bersatu di Jannah..amiin..

Mohd Fikri Muhd Khusainy
Bendahari Agung PRISMA
Tahun 3-Fiqh Wa Usuluh
Rounded Rectangle:  

Selamat maju jaya dan selamat menempuh peperikasaan terakhir semester pertama sesi pengajian 2009/2010 ini dengan menggembleng sepenuh usaha dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan demi kegemilangan Islam.
“Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, dan dia adalah beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan balasan yang baik” (Al-Israa’:19)

DARIPADA: BARISAN KEPIMPINAN PRISMA SESI 2009/2010  




                                 




0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More