"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA adalah singkatan daripada PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA MALAYSIA SEJORDAN. Dan ianya sebuah Program Mega dibawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA pada tahun 2011 ini merupakan PERTAMA Kali Ke-5 dan akan berlangsung pada 25-26 Februari 2011 bertempat di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Buka Mata Hati Kita

Peka Dengan Semua Isu Dunia Melibatkan Islam Adalah Tanggungjawab Kita, Jangan Dicampak Ke Mana-Mana Kerana Ia Adalah Salah Satu Soalan Untuk Anda Di Mahsyar.

Mahasiswa Timur Tengah Pencetus Perubahan

Ini adalah Tanggungjawab kita. Mujaddid Alaf Ini Mesti Lahir Dari Kalangan Kita. Kembalikan Aqidah, Syariat dan Akhlak Yang Asli Kepada Umat Ini Adalah Tugas Kita.

Strategi Ke Arah Biah Solehah

Mahasiswa Punya Keistimewaan Yang Membanggakan Jika Mereka Punya Jatidiri Muslim Yang Sejati. Kita Adalah Qudwah Untuk Masyarakat Di Sana.

Selasa, 3 Mei 2011

KEMATANGAN MAHASISWA

     
     Semua orang merasa seronok apabila telah mencapai usia 20 tahun dan ke atas. Bagi mereka, usia ini adalah usia yang menunjukkan kematangan dan kebebasan. Tidak ada kongkongan dan bebas membuat pilihan sendiri. Pada usia 20-an mereka dipanggail remaja. Kata mereka:
‘Dunia ini ana yang punya’
Jika di kampus pula, mereka digelar mahasiswa atau mahasiswi. Tidak kiralah di IPTA atau IPTS. Di luar Negara ataupun di dalam Negara, gelaran mereka tetap sama. Nama universiti akan sinonim dengan subjek mahasiswa sebagai penghuninya.
Yang pandai pun digelar mahasiswa, yang kurang pandai pun digelar mahasiswa. Yang baik pun mahasiswa, yang buruk juga mahasiswa. Yang matang itulah mahasiswa, yang tidak matang turut dipanggil mahasiswa.
Gelaran mahasiswa sudah bercampur-aduk menyebabkan nilai kualitinya telah di atasi oleh nilai kuantitinya. Seolah-olah ramainya mahasiswa menunjukkan tamadun sebuah Negara itu telah berjaya dan membangun, sedangkan yang betul-betul dan layak digelar mahasiswa matang cuma segelintir sahaja.
Mahasiswa yang berkualiti adalah seperti buah masak yang ranum dan sempurna. Tumbesarannya seiring dengan fizikalitinya tanpa ada cacat cela. Menjadi mahasiswa mestilah menjadi seorang manusia yang membesar dari sudut luaran dan dalaman.
Luarannya adalah fizikaliti manakala dalamannya adalah pemikiran. Ianya perlu membesar dengan seiring tanpa tertinggal.
Misalnya, sebutir Manggis yang masak haruslah berwarna ungu dan manis isinya, baunya pula harum serta mampu menarik haiwan untuk mendekati buah tersebut.  Tetapi jika Manggis tersebut telah masak namun isinya tawar atau masam, ia tidak boleh dipanggil sebagai Manggis yang masak ranum jauh sekali buah yang benar-benar matang.
Begitulah mahasiswa, jika kita sekadar membesar sebagai mahasiswa dari sudut luaran semata-mata, kita ibarat buah Manggis yang masak tetapi masam rasanya. Luar nampak cantik tetapi dalamannya tidak cantik. Jangankan kata manusia untuk menjamahnya, burung pun tidak mahu dekati.
Nampak macam seorang mahasiswa, tetapi pemikirannya tidak seperti mahasiswa.
Kadangkala kita dipaksa untuk membesar tetapi kita sendiri mengabaikan aspek dalaman yang sepatutnya diutamakan, lalu menyebabkan tumbesaran umur mahasiswa tidak selari dengan tahap pemikiran mereka. Jangan terkejut jika ada mahasiswa yang sudah menjangkau 25 tahun tetapi sikap dan tingkahlakunya tidak ubah seperti pelajar sekolah menengah.
Ayuh, kita adalah mahasiswa yang matang bukannya mahasiswa yang trang tang tang!

SIAPAKAH MAHASISWA MATANG?
  1. Mahasiswa yang matang adalah mahasiswa yang rasional dalam tindakan dan berfikir di luar kotak pemikiran.
Kematangan perlu dipupuk dan ia tidak akan datang dengan sendiri. Rasional pula perlu dilatih kerana ia berkaitan dengan aspek emosi. Biasanya pemikiran yang matang akan diterjemahkan melalui tindakan yang rasional, sebaliknya tindakan yang buruk akan dipengaruhi oleh emosi dan nafsu.
Apa yang terjadi dalam realiti mahasiswa yang tidak matang adalah mereka cenderung bertindak menurut nafsu dan emosi lalu mengabaikan aspek rasional. Jika ini yang terjadi kepada mahasiswa, kita sama seperti seorang kanak-kanak yang bertindak mengikut kesukaan (nafsu) mereka tanpa memikirkan rasional (baik atau buruk).
Ingat, mahasiswa yang matang mesti berfikir sebelum bertindak. Jika mahu bersuara, pastikan suara kita mempunyai impak yang besar dan bermanfaat kepada orang lain.
  1. Mahasiswa yang matang mesti mampu berfikir apa yang orang lain tidak nampak untuk kemaslahatan diri sendiri dan orang lain.
Jika kita sebagai mahasiswa, janganlah kita hanya berfikir bagaimana untuk belajar semata-mata, tetapi fikirkan juga bagaimana dengan pelajaran dan ijazah tersebut kita bisa membantu masyarakat kelak. Fikiran mahasiswa mestilah jauh ke hadapan lebih jauh daripada apa yang kita tidak nampak.
Usahlah menjadi seperti orang asli yang tinggal di hutan, bila ditanya tentang apakah yang ada dalam dunia ini? mereka hanya tahu, pokok durian dan pokok rambutan, air sungai dan haiwan-haiwan yang pernah mereka temui. Paling tinggipun pengetahuan mereka, mereka hanya tahu mencipta lembing dan pisau, sedangkan di luar sana sudah ada bangunan yang tinggi dan kapal terbang yang boleh berlegar-legar di udara sama seperti seekor burung.
Tidak salah tinggal di hutan atau di kampung, tetapi dalam masa yang sama kita perlu mengambil tahu tentang dunia luar dan apa yang sedang berlaku di sana. Itulah yang dimaksudkan mahasiswa yang berfikir di luar kotak pemikiran.
  1. Mahasiswa yang matang adalah mahasiswa yang menjaga imej dan personalitinya.
Cuba anda bayangkan jika Yang Di Pertuan Agung hanya berseluar pendek dan memakai t-shirt ringkas ketika turun melawat rakyat jelatanya, sudah tentu akan hilang gah seorang raja yang berdaulat walaupun tidak salah jika baginda mahu berpakaian sedemikian rupa. Pasti ada yang berbisik:
‘Ek eleh, ini ke raja kita yob? Sempoi gila, macam bukan agung pun ye!’
Begitulah jua pada imej seorang mahasiswa, berimejlah dengan imej yang sepatutnya, kita harus bijak memilih personaliti mahasiswa yang bersesuaian, tidak kiralah dari sudut berpakaian lebih-lebih lagi dalam soal akhlak.
Tidak salah jika mahu berjeans dan bertopi, tetapi biarlah topi yang melambangkan imej kemahasiswaan. Imej ‘seorang’ Manggis (mahasiswa) mesti kita pelihara kerana ia adalah prinsip. Tidak ada orang yang sanggup makan Manggis yang berwarna hijau atau yang sedang putik.
Akhir kata, jadilah mahasiswa yang benar-benar mahasiswa dan berkualiti. Bermula dengan langkah yang kecil sekarang untuk langkah yang lebih besar nanti. Selamat menjadi sebiji ‘Manggis’ yang masak ranum!

Oleh,
NURUL HUSNA BT MOHAMED @ ISMAIL
TIMBALAN PRESIDEN II PRISMA 2010/2011

Jumaat, 29 April 2011

PERATURAN MENGUNDI 2010/2011


1. Hanya AHLI RASMI dan AHLI BERSEKUTU SAHAJA yang layak mengundi.

2. Hanya jawatan PRESIDEN dan KETUA HEWI dipertandingkan.

3. Bagi semua calon yang layak di undi hendaklah sekurang-kurangnya BERBAKI 3 SEMESTER (SOIFI, AWAL ,THANI) pengajian di universiti.

4. Bagi jawatan Presiden dan Ketua HEWI, hendaklah  mereka yang PERNAH MEMEGANG JAWATAN Ahli Majlis Tertinggi (AMT) atau Ahli Majlis Eksekutif (AME) dalam  PRISMA atau BKAN atau MPPMJ.

5. Mereka yang telah di undi bagi jawatan presiden TIDAK BOLEH diundi lagi bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

6. Pengundi HENDAKLAH membawa KAD KEAHLIAN PRISMA atau sebarang pengenalan diri jika tidak mempunyai kad keahlian PRISMA semasa mengundi.

7. Anggota SPR berhak melarang pengundi yang gagal menujukkan kad keahlian PRISMA atau sebarang pengenalan diri semasa mengundi.

8. Anggota SPR berhak mengundi dan anggota SPR  layak diundi KECUALI PENGARAH dan TIMBALAN PENGARAH SPR.

9. Tidak dibenarkan berkempen ketika mengundi.

SYARAT-SYARAT PENCALONAN KHAS


1.   Pencalon ( yang mencalon ) hendaklah terdiri daripada mereka yang mendaftar sebagai ahli rasmi dan ahli bersekutu PRISMA.
1.1  Ahli rasmi PRISMA menurut definisi SPR adalah:
o   Warganegara Malaysia.
o   Penuntut di peringkat Sarjana Muda di Jordan.
o   Mendapat pengesahan Majlis Tertinggi.
o   Menerima dan mengakui perlembagaan PRISMA.

  1. Manakala calon ( yang dicalon ) hendaklah terdiri daripada penuntut Ijazah Sarjana Muda    ( B.A ) yang layak mendaftar sebagai AHLI RASMI menurut definisi SPR samada berada di Malaysia atau di Jordan. Calon tersebut telah memulakan pengajian di jordan atau mempunyai baki selama 3 semester sebelum tamat pengajian.

3.  Bagi calon tahun satu (1) dan calon pengajian berkembar mestilah paling minima telah memulakan pengajian di Universiti Al-Albayt selama 2 semester.

  1. Setiap Mahasiswa/mahasiswi yang memenuhi syarat-syarat sebagai pencalon berhak mencalon seramai sembilan ( 10 ) orang daripada pihak siswa dan lapan ( 10 ) orang daripada pihak siswi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai calon. Sebarang pencalonan yang melebihi bilangan yang ditetapkan akan ditolak. Bilangan paling minima pencalonan adalah sembilan ( 9 ) nama bagi siswa dan sembilan ( 9 ) nama bagi siswi. Sebarang pencalonan yang kurang dari had minima yang ditetapkan akan ditolak.

  1. Setiap pencalonan hendaklah disertakan dengan sokongan. Penyokong pula hendaklah terdiri daripada mereka yang layak mencalon dan bukan dari kalangan anggota SPR. Kecuali kes-kes tertentu.

  1. Anggota SPR layak untuk mencalon dan dicalonkan manakala Pengarah SPR dan Timbalan Pengarah SPR BOLEH mencalon dan TIDAK BOLEH dicalonkan.

  1. Borang-borang pencalonan yang telah diserahkan kepada pihak SPR tidak boleh ditarik balik.

  1. Sebarang pencalonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berhak ditolak oleh SPR.

  1. Peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR adalah muktamad.


TEMPOH PENCALONAN

  1. Tempoh pencalonan bermula pada 30 APRIL  2011  jam  3.00 petang  - 1 MEI  2011  jam 
3.00 petang.

  1. Pencalonan yang dikemuka selepas dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan oleh SPR.

  1. Borang-borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada:
Siswa :   Aminuddin Madil                                          Siswi :    Nadhirah Mohd Farid
               Zyad Hadrami Nasaruddin                                         Nor Aqma Zulaikha binti Roslan
               Huzaifah Basit                                                              Norfarhana Ahmad Ghafar
               Abdullah Su’ady Ramadhan Mohd Nasir                 Nurjannah Roslan
                                                                                                      Nur Shahirah Ahmad
                                                                                                        
4.  Keputusan setelah pengesahan akan diumumkan selepas SPR mengira keputusan   pencalonan.

SYARAT-SYARAT BERKEMPEN (SPR 2010/2011)


1.   SPR telah menetapkan tempoh berkempen bermula jam 12 malam 3 Mei 2011 sehingga 11 malam 7 Mei 2011.

2.   Segala bentuk kempen adalah dibenarkan.

3.   Sebarang kempen yang menyentuh  sensitiviti INDIVIDU adalah dilarang sama sekali.

4.   Penggunaan kata-kata kesat dan kurang sopan adalah dilarang.

5.   Mana-mana kempen yang didapati menggunakan LOGO RASMI PERSATUAN atau PERTUBUHAN atau SPR akan dirampas.

6.   DILARANG berkempen di mana-mana Pusat SPR dan Pusat mengundi.

7.   Kempen yang didapati melanggar tatasusila serta syarat-syarat berkempen akan diambil tindakan.

8.   Calon boleh berkempen untuk diri sendiri tetapi tidak boleh berkempen untuk calon lain.

9.   Keputusan SPR adalah muktamad.

Senarai nama pengundi yang layak mengundi


BIL/ NO KEAHLIAN/ NAMA


1 PA 06005 ANIZAN BIN MOHD HARIS
2 PA 06006 ARIF 'ALAUDDIN BIN ZAKARIA
3 PA 06007 CHE ROUSE BIN CHE DIN
4 PA 06014 ROY ANDIKA BIN SOEHARTO
5 PA 07002 AHMAD MUSTAQIM BIN AZMI
6 PA 07008 MOHAMAD NORFARIDZAN BIN ABDULLAH
7 PA 07011 MUHAMMAD TARMIZY BIN ALIAS
8 PA 07012 SYED IQBAL MAZNI BIN SYED MOHD FUAD
9 PI  07004 NADHIRAH BINTI MOHD FARID

10 PA 08001 ADENAN BIN PADIL
11 PA 08002 AHMAD AZRAI BIN HAJI ABDULLAH ALAWI
12 PA 08003 AMINUDDIN BIN MADIL
13 PA 08005 MOHAMMAD DASSILAH BIN EDI
14 PA 08006 MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH
15 PA 08007 MOHD ANWAR SYAUQI BIN JAMI
16 PA 08009 MOHD FIKRI BIN MOHAMAD
17 PA 08010 MOHD FIKRI BIN MUHAMED KHUSAINY
18 PA 08011 MOHD HISYAMUDDIN BIN MOHD FAUZI
19 PA 08012 MOHD MUSTAQIM BIN MALUDIN
20 PA 08013 MOHD SHUKRI BIN RUSLAN
21 PA 08014 MUHAMMAD ARIF AZFAR BIN MD ASHARI
22 PA 08016 NOR AIMAN BIN NOOR SURIA
23 PA 08017 KHAIRUL NAZUAN BIN KHAIRUDDIN


24 PI 08001 AMEENAH BINTI MOHD AZHAR
25 PI 08002 FADZILLAH BINTI KADER
26 PI 08004 ISLAMIAH BINTI ADENAN
27 PI 08005 KHAIRUNISA BINTI MAT
28 PI 08007 NUR 'IZZAH BINTI JAINUDIN
29 PI 08008 NUR NAJWA BINTI RAMLY
30 PI 08009 NURTAQIYYAH BINTI JOHAN
31 PI 08010 NURUL HUSNA BINTI MOHAMED@ISMAIL
32 PI 08011 RUBIANI BINTI MOHAMAD
33 PI 08012 SHARIFAH ZAHIAH BINTI WAN YUSOF
34 PI 08013 SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN
35 PI 08014 UMMI SA'ADAH BINTI MOHD ZIN
36 PI 08016 SYARIFAH WIRDAH AL-HASSAN BINTI WAN MUHAMAD NASIR


37 PA 09001 ABDUL HADI BIN ABDUL HAMID
38 PA 09002 ABDUL MUIN BIN ABDUL HALIM
39 PA 09003 ABU BAKAR BIN MOHAMAD NOOR
40 PA 09004 AFDHAL BIN ADDENAN
41 PA 09005 AHMAD HAZWAN BIN AHMAD HAMDAN
42 PA 09006 AHMAD SHAUQI BIN ABDUL AZIZ
43 PA 09007 AHMAD SOBRIE BIN HJ AB RAHMAN
44 PA 09008 AMIRUL FAIZ BIN MANSOR
45 PA 09009 HAMDI MUNIR BIN SHAARI
46 PA 09010 HASIBULLAH BIN ROSLAN
47 PA 09011 ISMAWIE BIN SABU
48 PA 09012 MOHAMED KHIEDIER BIN ABD WAHAB
49 PA 09013 MOHD AINUL YAKIN BIN ALIAS
50 PA 09014 MOHD AL-HAFIZ BIN RAMLI
51 PA 09015 MOHD AMIN BIN KHOIRIL ANWAR
52 PA 09016 MOHD FADZLI BIN KHAIRI
53 PA 09017 MOHD FAKHRULHADI BIN MILATUSAMSI
54 PA 09018 MOHD FAKHRULNIZAM BIN MILATUSAMSI
55 PA 09019 MOHD FAZRULLAIL BIN HASSIM
56 PA 09020 MOHD IZZAT ZULHUSNI BIN ADIZI
57 PA 09023 MOHD SYAFIQ BIN HAJI ABDUL RAHIM
58 PA 09024 MUHAMAD NAZRULAH BIN MALEK
59 PA 09025 MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL RAHIM
60 PA 09026 MUHAMMAD ALIF BIN MD ARIS
61 PA 09027 MUHAMMAD ALIMIN BIN MOHAMAD ABIAH
62 PA 09028 MUHAMMAD ANWAR BIN YAHYA
63 PA 09029 MUHAMMAD 'AUNI BIN MUSTAFFA
64 PA 09030 MUHAMMAD FAKHRI BIN ZAMRI
65 PA 09032 MUHAMMAD IQBAL BIN YUSOP
66 PA 09033 MUHAMMAD IZZAT BIN ISMAIL
67 PA 09034 MUHAMMAD SALAM BIN AZHARI
68 PA 09035 MUHAMMAD SYAWAL BIN SAAD
69 PA 09036 NIK ZIAD BIN NIK MOHD YUSOF
70 PA 09037 NURULSYAFRIZAN BIN CHE' DOM
71 PA 09038 RAIHAN BIN HUSNI
72 PA 09039 SHUKUR NIZAM BIN ABDUL KADIR
73 PA 09040 SYAHIDAN BIN RAMLI
74 PA 09041 WAN AHMAD FIRDAUS BIN MIOR ISMAIL
75 PA 09042 WAN NAZIRUL MUBIN BIN WAN ABD NASIR
76 PA 09043 ZUNNAZRI BIN MUHAMMAD
77 PA 09044 ZYAD HADRAMI BIN NASARUDDIN
78 PA 09045 HAIRULAKMAL BIN RAHIM



79 PI 09001 AINUN NADHRAH BINTI KAMARRUDIN
80 PI 09002 FATIMAH ZAHARA BINTI YASIMAN
81 PI 09003 KAZIMAH BINTI KADAI
82 PI 09004 MASYITHOH BINTI YAHYA
83 PI 09005 NOR AKMAL BINTI MOHD YAACOB
84 PI 09006 NUR JANNAH BINTI ROSLAN
85 PI 09007 NUR SADIQAH BINTI MOHD DESA
86 PI 09008 NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD
87 PI 09009 NURUL SYAHIDA BINTI ADLI
88 PI 09010 NURUL SYAHIRAH BINTI MUHAMAD
89 PI 09011 NUUR SYAHIDAH BINTI SHAARI
90 PI 09012 QAIRUL NISAQ BINTI DAUD
91 PI 09013 RAJA MAIMUNAH BINTI RAJA YUSOF
92 PI 09014 SHAKINA NABILA BINTI AHMAD NORDIN
93 PI 09015 SITI FARAHANIE BINTI MOHD ZIN
94 PI 09016 SITI NOR HANISAH BINTI HADAS@HADIS
95 PI 09017 SURFINA BINTI SIDIR
96 PI 09018 SYAHIRAH SALWA BINTI MD HARUN
97 PI 09019 WAN AINA SYAHIIDA BINTI WAN ABDULLAH
98 PI 09020 HAMIDAH BINTI HARUN
99 PI 09021 HANI BINTI HARIS

100 PI 09022 INAS BINTI AHMAD
101 PI 09023 NORHIDAYAH BINTI KHAIRUDDIN
102 PI 09024 NUR I'ZZAH BINTI MUHAMMAD NASIR
103 PI 09025 NUR SAFARAH BINTI ABDUL RAHIM
104 PI 09027 PUTERI NUR AZWA BINTI HJ MEGAT MOHD YUSUF
105 PI 09028 RAFIZAH BINTI ASBAH
106 PI 09029 SERITA BINTI MAJIN


107 PA 10001 ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM
108 PA 10002 HISHAM BIN ABDUL RAHMAN
109 PA 10003 HUZAIMI BIN SHAARI
110 PA 10005 MOHAMMAD SUFIAN BIN TALIB
111 PA 10006 MOHD ZULFAHMI BIN MOHD NASIR
112 PA 10007 MUHAMMAD RAZMAN BIN UDIN
113 PA 10009 NUR SULAIMAN BIN ZOLKAPLI
114 PA 10010 RUSLI BIN WAHAB
115 PA 10011 SUHRAWARDI ADHWA BIN MOHAMAD
116 PA 10013 ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD SHOKRI
117 PA 10014 ABDULLAH SUADY RAMADHAN BIN MOHD NASIR
118 PA 10015 ADAM BIN ABDUL RASHID
119 PA 10016 AHMAD FAKHRUDDIN BIN RAZALI
120 PA 10017 AHMAD NORDIN BIN YUSOFF
121 PA 10018 AMER HUDHAIFAH BIN HAMZAH
122 PA 10019 BADRUL NAIM BIN SHARIPUDDIN
123 PA 10020 CHE ABDUL HAKIM BIN CHE YAHYA
124 PA 10021 ISKANDAR MUDA BIN MOHD OMAR
125 PA 10022 IZZ ABDUS SALAM BIN ABDUL JAMIL
126 PA 10023 MOHD AISAMUDDIN BIN IBRAHIM
127 PA 10024 MOHD ALIMMUSSALIHIN BIN SAED
128 PA 10025 MOHD ISMAIL BIN HASSAN
129 PA 10026 MOHD MUSLIM BIN MOHAMAD
130 PA 10027 MOHD SHAHIRUL BIN MOHD MOKHTAR
131 PA 10028 MUHAMAD SYUBLI BIN ISMAIL
132 PA 10029 MUHAMMAD HILMI BIN HASSAN
133 PA 10030 MUHAMMAD IKRAM BIN MOHD GHAZALI
134 PA 10031 MUHAMMAD KHOMEINI BIN KAMAL
135 PA 10032 MUHAMMAD YASRIF BIN AHMAD DAYUTHI
136 PA 10033 MUHANNAD BIN MOHAMMAD NASRIFF
137 PA 10034 MUSTAQIM ALHUSAIRE CLAIR BIN ABDULLAH
138 PA 10035 NIHAD BIN MAT NOR
139 PA 10036 SYAQIM ZULHABRI BIN SAFIE
140 PA 10038 WAN MUHAMAD ZULHILMI BIN WAN ZAWAWI
141 PA 10041 HUZAIFAH BIN BASIT


142 PI 10002 NIK NUR FADHILAH BINTI NIK YUSOFF
143 PI 10003 NOR AMALINA BINTI RUSLI
144 PI 10004 NOR RAIHAN BINTI MUSA
145 PI 10005 NOR SYAZWANY BINTI ISMAIL
146 PI 10006 NUR LIYANA ATHIRAH BINTI ANUAR
147 PI 10007 SITI NUR AISYAH BINTI MOHD JUKI
148 PI 10008 WAN MAHERAN BINTI WAN MOHD ZAIN
149 PI 10009 ZALEHA BINTI ISMAIL
150 PI 10010 AIN QAIYIMAH BINTI MISBAH
151 PI 10011 AMIRAH BINTI IBRAHIM
152 PI 10012 FAJALIA BINTI ADENAN
153 PI 10013 FAKHIRA BINTI MOHAMMAD
154 PI 10014 KU NUR MAISARAH BINTI KU RUSLI
155 PI 10015 NORFARHANA BINTI AHMAD GHAFAR
156 PI 10016 NUR HASANAH BINTI AZAHA
157 PI 10017 NUR SYAZWANI BINTI MOHAMED NASRUDIN
158 PI 10018 NURUL SYAFIQAH BINTI ISHAK
159 PI 10019 NURULHUDA BINTI HARON
160 PI 10020 RUQAIYAH BINTI ZAINAL ABDIDIN
161 PI 10021 SITI MAISARAH BINTI MUSTAFFA
162 PI 10022 SITI NUR ATHIRAH BINTI HASHIM
163 PI 10023 SITI ZULAIKHA BINTI MUSTAFA
164 PI 10024 TAIBAH RAFIDAH BINTI MOHAMED@ISMAIL
165 PI 10025 WAN FATIN NABILAH BINTI WAN MOHD NAWI
166 PI 10026 WAN NOOR FARIHA BINTI WAN ABDUL RAZAK
167 PI 10027 NOR SHUHADA BINTI NORDIN
168 PI 10028 NURUL KHUZWIN BINTI MOHD ARIFIN
169 PI 10029 SITI AISYAH BINTI CHE SULONG


170 PA 11001 AHMAD YIROZAMIR BIN YAACOB
171 PA 11002 MOHD KHAIROL BIN MOKHTAR
172 PA 11003 MOHD SHAHRIL MOHD SHUKRI
173 PA 11004 ABDUL HALIM BIN MOHAMAD NAJIB
174 PA 11005 ABDUL RASHID BIN ABD AZIZ
175 PA 11006 ADIB BIN MOHAMAD
176 PA 11007 AHMAD AIZUDDIN BIN MOHD KAMAL
177 PA 11008 AHMAD FARHAN BN MAMAT
178 PA 11009 AHMAD FIKREE BIN MAT SUBURI
179 PA 11010 AHMAD IRDAUS BIN MOHAMAD
180 PA 11011 AHMAD SHAKIR BIN MOHD ALWEE
181 PA 11012 AIMAN HAMDI BIN MAZLAN
182 PA 11013 AKMAL AMRI BIN MUHAZAR
183 PA 11014 AMIRUL AIMAN BIN ABDULLAH
184 PA 11015 ATIQULLAH MURSYID BN ABDUL HALIM
185 PA 11016 BAIHAQI BIN BUKHARI
186 PA 11017 IQBAL MUSTAQIM BIN MOHD HISHAMUDDIN
187 PA 11018 LOQMAN AL-HAKIM BIN MAT DAUD
188 PA 11019 MOHAMAD AL AMIN BIN ZAKARIA
189 PA 11020 MOHAMAD FADLULRAHMAN BIN MOHD RUSDI
190 PA 11021 MOHAMAD MUINUDDIN BIN MOHD ROSLI
191 PA 11022 MOHD FIRDAUS BIN MUHAMAD AMIN
192 PA 11023 MUHAMMAD ADAM BIN ABDULLAH
193 PA 11024 MUHAMMAD AINUR ROBBANI BIN NASOHAH
194 PA 11025 MUHAMMAD EHSAN BIN YAHAYA
195 PA 11026 MUHAMMAD HAFIZSAFWAN BIN NOR HAZLAN
196 PA 11027 MUHAMMAD HALIM BIN ZAMRI
197 PA 11028 MUHAMMAD IQBAL BIN KADARYONO HAFIZH NURSALAM
198 PA 11029 MUHAMMAD JAMIL BIN HUSSIN
199 PA 11030 MUHAMMAD KHAIRI BIN AWANG JAAFAR
200 PA 11031 MUHAMMAD RABANI BIN SHUKOR
201 PA 11032 MUHAMMAD SOFIAN BIN SAHUDIN
202 PA 11033 MUHAMMMAD ZAKIRIN BN OSMAN
203 PA 11034 NIK MOHAMAD AZREEN BIN NIK YAHYA
204 PA 11035 NIK MOHAMAD AZRUL BIN NIK MOHD AZMI
205 PA 11036 NIK MOHD SYAMIM  IYLIA BIN MAT YUSOFF
206 PA 11037 NIZAM BIN ABD GHANI
207 PA 11038 RAJA MUHAMAD SAIFULNIZAM BIN RAJA AZNAN
208 PA 11039 WAN MOHAMMAD TAUFIK BIN WAN MOHD KAMAL
209 PA 11040 WAN MUHAMMAD FADHLI BIN WAN MOKHTAR
210 PA 11041 WAN MUHAMMAD HAFIZ BIN WAN MUSTAFFA KAMEL
211 PA 11042 ZHAFRI AMALI BIN AMALADDIN
212 PA 11043 AHMAD MURSYID BIN MOHAMAD
213 PA 11044 AHMAD IZZY BIN MOHD SABKI
214 PA 11045 MUHD ZULHELMI BIN ABDUL RASID
215 PA 11046 ABDUL HADI BIN ABDUL SATAR
216 PA 11047 MOHHAMMAD TURMIZI BIN HUMAIDI
217 PA 11048 MUHAMMAD HARITH BIN MD RADZI
218 PA 11049 SHEIKH MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN FUAD
219 PA 11050 ZULHELMAN BIN ROSLAN
220 PA 11051 AM'MAR BIN IMRAN


221 PI 11001 HASMA BINTI MUSTAFA KHAMA
222 PI 11002 IZZATU'AINI BINTI HABIB
223 PI 11003 NORSHIHA BINTI HASSAN
224 PI 11004 NORSYAM BINTI MAHMUD
225 PI 11005 NUR AIMUNI BINTI AWANG LUDIN
226 PI 11006 NUR AMALIA BINTI FAUZI
227 PI 11007 NUR FADHLINA BINTI MD YUSOF
228 PI 11008 NUR HANIDA BINTI RUSLI
229 PI 11009 ROBBIYATUL QASHWA KHATIRAH BINTI ABDULLAH
230 PI 11010 SALIMAH NURIYAH BINTI HAJI ABAS
231 PI 11011 SARBAITI BINTI MD YUSOF
232 PI 11012 SITI HAJAR BINTI MOHAMAD
233 PI 11013 SITI NORHAFIZAH IDAYU BINTI MOHAMMAD
234 PI 11014 SYUKRIYYAH BINTI MD DAUD
235 PI 11015 ALYAA SYAHIRAH BINTI ABD RAHIM
236 PI 11016 FAIRUZ BINTI FIKRI
237 PI 11017 FA'IZAH BINTI OTHMAN
238 PI 11018 FARADILLA NASHA BINTI BAZAM
239 PI 11019 FATIHAH BINTI IBRAHIM
240 PI 11020 FATIMAH BINTI PILEH
241 PI 11021 HANISAH BINTI MOHD ABDUL WAHID
242 PI 11022 HERNI BINTI DARWIS
243 PI 11023 IMAN BIN MOHAMAD
244 PI 11024 MARIAM BINTI MD YUSOF
245 PI 11025 MUNIRAH BINTI ZAKARIA
246 PI 11026 NOOR HAZLIZA BINTI MOHD AZLAN SHAH
247 PI 11027 NOR AQMA ZULAIKHA BINTI ROSLAN
248 PI 11028 NOR IZZAH BINTI MOKHTAR
249 PI 11029 NORMA BINTI MOHD GHAZALI
250 PI 11030 NUR AMALINA BINTI NOZI
251 PI 11031 NUR AQILAH SYAFINAZ BINTI AHMAD MAZLAN
252 PI 11032 NUR AZMIRA BINTI ABDUL MALEK
253 PI 11033 NUR FATIMAH NADHIRAH BINTI ABDULLAH
254 PI 11034 NUR HAFIZA BINTI ZAINAL ABIDIN
255 PI 11035 NUR KHAIRUNNISA BINTI ARIFF
256 PI 11036 NUR SAKINAH BINTI MOHD KAMARUZAMAN
257 PI 11037 NUR SYAZWANI BINTI MOHD NOOR
258 PI 11038 NURHASNIDA BINTI CHE ABDUL HAMID
259 PI 11039 NURUL ASMA BINTI BAHARUDIN
260 PI 11040 NURUL ASMAQ BINTI MAZALAN
261 PI 11041 NURUL FADHILAH BINTI MAT RIPIN
262 PI 11042 NURUL FITRIAH BINTI CHE HAMZAH
263 PI 11043 NURUL IZATI BINTI ABD GHANI
264 PI 11044 NURUL SALWAH BINTI HAJI NOORTAIP
265 PI 11045 NURUL SYAZANI BINTI ISHAK
266 PI 11046 NUSAIBAH BINTI HILALUDDIN
267 PI 11047 RAIHAN ADILAH BINTI ZAKARIA
268 PI 11048 SITI AISYAH BINTI MOHAMAD HASNAN
269 PI 11049 SITI FATIHAH BINTI MOHD YAACOB
270 PI 11050 SITI SYAFIKAH BINTI MOHD SALEH
271 PI 11051 SURYANI IZZATI BINTI YUSOF
272 PI 11052 UMI NADIA BINTI MANSOR
273 PI 11053 WAN NURULFATIHAH BINTI WAN NOR MAZLAN
274 PI 11054 UMMU AIMAN BINTI HASBULLAH



AHLI BERSEKUTU


275 PAM 09001 MUHAMMAD RAZIIN BIN ABDUL RAZAK
276 PAM 09002 US. NORDIN
277 PAM 09003 US. ALI
278 PAM 11001 US. SHAHRUL IFWAT
279 PAM 11002 MOHD HAFIZ BIN MOHD DASAR


280 PIM 11001 NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR

Rabu, 6 April 2011

DAURAH TAFSIR & TUTORIAL


MINGGU BAHASA AL-QURAN




Isnin, 28 Mac 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI KES-KES BENCANA DI JORDAN


KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN
PIAWAIAN TETAP OPERASI
[STANDARD OPERATING PROCEDURES- (SOP)]
LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI KES-KES BENCANA DI JORDAN

1.0   PENDAHULUAN

1.1         Kes bencana alam, kebakaran, kemalangan, kematian dan peperangan adalah sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku. Oleh itu, setiap pelajar perlu mengambil langkah-langkah keselamatan dan sentiasa berhati-hati.
1.2         Persediaan menghadapi bencana adalah sangat penting bagi semua individu. Manual ini akan menjadi panduan asas bagi pelajar-pelajar Malaysia di Jordan menghadapi apa jua kes bencana di tempat masing-masing.

2.0   BENTUK-BENTUK BENCANA

2.1       Bagi memudahkan persediaan awal dibuat, para pelajar perlu mengetahui bentuk bencana yang berlaku dan langkah serta tindakan bersesuaian yang perlu diambil. Pihak JPMJ mengkelaskan kes-kes bencana kepada lima (05) kategori utama seperti yang berikut :

1.     Bencana alam (gempa bumi, puting beliung, ribut taufan);
2.     Kebakaran;
3.     Kemalangan (diri, jalanraya);
4.     Kematian (rakan pelajar); dan
5.     Peperangan.

3.0   PERSEDIAAN AWAL

3.1         Satu Jawatankuasa bencana perlu ditubuhkan dan di pengerusikan oleh Presiden persatuan di zon masing-masing. Keanggotaan jawatankuasa terdiri daripada 10 orang yang boleh dilantik daripada pelajar-pelajar Malaysia setempat.
3.2         Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah :

1.     Untuk merancang dan membuat  persediaan sekiranya berlaku bencana alam;
1.     Menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang ada di kawasan mereka. Maklumat termasuklah nama, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, alamat rumah, fakulti, tahun, alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga terdekat;
1.     Menyediakan nombor telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti polis, tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan JPMJ serta Kedutaan Besar Malaysia di Amman;
1.     Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungan sementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempat tersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar, tempat tinggi, padang atau mana-mana tempat yang sesuai dan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepada semua pelajar-pelajar, agar mereka tahu ke mana hendak dituju sekiranya berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasi tempat tersebut perlu disediakan;
1.     Menyediakan senarai semak barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana alam. Contoh, setiap individu perlu ada satu beg kecil untuk membawa passport, tuala, alatan mandi dan kesihatan dan lain-lain. Beg ini hendaklah sentiasa tersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk evakuansi; dan
1.     Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.
1.     Memaklumkan segera kepada Pengarah JPMJ atau pegawai, semua kes bencana yang berlaku untuk tindakan sewajarnya.

4.0   LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.

1.     Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah;
1.     Menghubungi segera Pengarah atau Kakitangan JPMJ;
1.     Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti; dan
1.     Simpan dokumen penting seperti passport, kad pelajar, kad visa pelajar, kad bank dan lain-lain dalam beg khas berserta keperluan diri yang penting serta letakkan ditempat yang selamat dan mudah diambil apabila perlu.

4.1 GEMPA BUMI
4.1.1)  Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan

1.     Terus berada di dalam bangunan.
1.     Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
1.     Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
1.     Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.
1.     Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
1.     Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.
1.     Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
1.     Padamkan semua api.

4.1.2)  Sekiranya Anda Di Luar Bangunan

1.     Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada wayar elektrik, tiang eletrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar.
1.     Jauhi daripada talian eletrik yang jatuh.
1.     Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

4.1.3)  Sekiranya Di Dalam Bangunan Yang Sesak

1.     Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mempunyai idea yang sama.
1.     Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
1.     Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

4.1.4)  Sekiranya Di Dalam Bangunan Tinggi

1.     Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
1.     Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.
2.     Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
1.     Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.
1.     Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

4.1.6)  Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

4.1.7)  Sekiranya Di Dalam Kereta Yang Bergerak

1.     Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.
1.     Tunggu di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan teruskan berada di dalam kereta untuk untuk menilai situasi anda.
1.     Apabila anda memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang timbul daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar eletrik atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

4.2       KEBAKARAN

1.     Sediakan alat pemadam api botol kecil di setiap rumah.
1.     Apabila berlaku kebakaran, nilai tahap kebakaran jika anda dapat membantu memadam kebakaran dan maklumkan kes kebakaran kepada semua penghuni rumah / bangunan.
1.     Gunakan alat pemadam kebakaran atau hos paip bomba jika ada dan anda tahu menggunakannya.
2.     Jikalau kebakaran besar, selamatkan diri anda dengan berlari keluar daripada rumah / bangunan dengan kadar segera.
1.     Hanya gunakan laluan kecemasan atau laluan yang jauh dari pusat kebakaran dan tidak menggunakan lif jika anda berada di dalam bangunan tinggi.
1.     Sila baca arahan / panduan keluar dari bangunan seperti yang disediakan oleh pihak bomba / keselamatan bangunan.
1.     Jika asap tebal telah memenuhi bilik / bangunan, basahkan kain / tuala dan tutup hidung anda sambil bergerak keluar secara membongkok atau meniarap sehingga dapat keluar dari kawasan asap tebal.
1.     Jika telah selamat berada di luar rumah / bangunan, sila pastikan semua rakan anda telah berada di kawasan selamat.
1.     Jangan masuk semula ke dalam rumah / bangunan walaupun ada barang berharga yang tertinggal dan sila berada jauh dari kawasan kebakaran.
1.     Bantu pasukan bomba / penyelamat dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan punca kebakaran dan lokasi dalam rumah / bangunan jika diminta.

4.3       KEMALANGAN

1.     Hubungi Pengarah JPMJ atau pegwai dan sahabat untuk memaklumkan dan mendapatkan bantuan yang perlu.
1.     Jika membabitkan kemalangan jalan raya, sila maklumkan juga kepada pihak polis untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan.
1.     Buat laporan polis di balai berdekatan, jika semua maklumat berkaitan kemalangan telah diambil oleh pihak polis dari anda, seperti pihak lain yang terlibat, saksi, gambar kawasan kemalangan dan lain-lain.
1.     Ambil barang yang berharga dari kenderaan jika kenderaan tidak dapat dipandu dari kawasan kemalangan.
1.     Dapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan bantuan rakan atau orang ramai yang berada di tempat kemalangan.

4.4       KEMATIAN

1.     Sila maklumkan segera kepada Pengarah JPMJ atau pegawai jika berlaku kematian di kalangan pelajar.
1.     Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum pegawai JPMJ tiba untuk pengurusan lengkap jenazah.
1.     Hubungi keluarga / waris terdekat untuk pemakluman dan mendapatkan keputusan pengurusan jenazah.
1.     Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian kewangan dan fakulti.
1.     Membantu JPMJ menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.
1.     Membantu JPMJ menguruskan semua dokumen dan barang-barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika diminta oleh keluarga / warisnya.

4.5       PEPERANGAN

1.     Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam negara tempat belajar atau negara-negara jiran.
1.     Hubungi Pengarah JPMJ atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut.
1.     Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam satu beg khas dan diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai.
1.     Tunggu arahan lanjut daripada pihak JPMJ dan tidak mengambil tindakan sendiri sebelum mendapatkan pandangan / kelulusan pihak JPMJ.
1.     Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang demonstrasi jalanan.
1.     Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang mengajak anda untuk turut serta secra sukarela terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong atau menyertai peperangan yang berlaku.
1.     Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda sentiasa berada di dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke kawasan berkenaan.
1.     Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan universiti atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan anda diizinkan pulang ke rumah.
1.     Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar.
1.     Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan pemindahan atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak JPMJ dan berkumpul di tempat yang di arahkan secepat mungkin.

5.0   PERINGKAT PERANCANGAN

1.     Pra Krisis
2.     Semasa Krisis
3.     Selepas Krisis

5.1       PRA KRISIS

1.     Pembukaan pusat krisis dan pusat pengumpulan bantuan bencana dan mengadakan daftar bantuan yang diterima.
1.     Mengenalpasti   pegawai bertugas dan bidang tugas.
1.     Kumpul maklumat awal tentang bencana daripada sumber-sumber informasi seperti jenis ancaman bencana, jangkaan kejadian, sumber bantuan, tempat perlindungan dan lain-lain.
1.     Menilai tahap / darjah keseriusan bencana yang bakal berlaku.
1.     Pemindahan pelajar dan barangan berharga daripada kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan bencana.
1.     Menempatkan mangsa di tempat perlindungan.
1.     Penyediaan keperluan mangsa perpindahan seperti makanan, selimut, ubat-ubatan dan barangan keperluan diri.
1.     Mengedarkan informasi berkaitan maklumat krisis dan perancangan kecemasan.
1.     Melatih pelajar menghadapi bencana tertentu, misalnya gempa bumi, kebakaran dan kemalangan.

5.2       SEMASA KRISIS

1.     Mengenalpasti mangsa / status kesihatan dan keselamatan.
1.     Meneruskan kerja-kerja pemindahan ke kawasan yang dilanda bencana. Pemindahan boleh dilakukan ke Malaysia atau ke tempat perlindungan yang disediakan.
1.     Mengumpul maklumat secara berterusan menerusi sumber-sumber informasi.
1.     Membina hubungan baik dengan pasukan bantuan, pasukan keselamatan dan pihak universiti.
2.     Mengekalkan komunikasi dengan Wisma Putra / Kementerian Pengajian Tinggi / Ibu-bapa atau Penjaga.
1.     Menyampaikan maklumat menerusi media yang menjadi satu-satunya sumber komunikasi / sumber penyebaran maklumat dengan dunia luar apabila bencana menjadi bertambah buruk.
1.     Pengedaran bantuan berupa makanan dan lain-lain keperluan.
1.     Menubuhkan pasukan kesihatan untuk menjaga kesihatan, rawatan dan pengagihan ubat-ubatan kepada  mangsa bencana.
1.     Memantau perkembangan bencana alam yang berlaku seperti menyiasat, menilai dan menyediakan pelan strategi seterusnya.
1.     Prosedur penghantaran pulang jenazah jika berlaku kematian.

5.3       SELEPAS KRISIS

1.     Menyiasat / menilai / melapor kerosakan dan kerugian yang di alami.
1.     Melapor perkembangan dan maklumat tentang berakhirnya krisis berkenaan kepada agensi-agensi kerajaan.
1.     Menyediakan prosedur pemulihan krisis.
1.     Penghantaran pulang pelajar jika tempat penginapan selamat untuk diduduki.
1.     Meneruskan pemakluman menerusi media seperti mengucapkan penghargaan / nasihat pada mangsa.
1.     Pengedaran informasi bagi mengekalkan kesihatan warga.
1.     Mengaudit peralatan dan baki bantuan yang diterima.
1.     Pembubaran pusat krisis dan tugas-tugas menyelamat.

Disediakan Oleh :
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
AMMAN

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More