"Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkanangin ke tempatyang jauh." (surah Al-Hujurat:15)

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA adalah singkatan daripada PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA MALAYSIA SEJORDAN. Dan ianya sebuah Program Mega dibawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).

PERTAMA Kali Ke-5/2011

PERTAMA pada tahun 2011 ini merupakan PERTAMA Kali Ke-5 dan akan berlangsung pada 25-26 Februari 2011 bertempat di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Buka Mata Hati Kita

Peka Dengan Semua Isu Dunia Melibatkan Islam Adalah Tanggungjawab Kita, Jangan Dicampak Ke Mana-Mana Kerana Ia Adalah Salah Satu Soalan Untuk Anda Di Mahsyar.

Mahasiswa Timur Tengah Pencetus Perubahan

Ini adalah Tanggungjawab kita. Mujaddid Alaf Ini Mesti Lahir Dari Kalangan Kita. Kembalikan Aqidah, Syariat dan Akhlak Yang Asli Kepada Umat Ini Adalah Tugas Kita.

Strategi Ke Arah Biah Solehah

Mahasiswa Punya Keistimewaan Yang Membanggakan Jika Mereka Punya Jatidiri Muslim Yang Sejati. Kita Adalah Qudwah Untuk Masyarakat Di Sana.

Selasa, 15 Februari 2011

SURAT PEKELILING




MEMO DAN PEKELILING  
______________________________________________________________________________

Kepada      : Ahli PRISMA

Daripada   : PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI AL aL-BAYT

Perkara     : Permohonan Menggunakan Rumah Sebagai Penempatan
______________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbth:

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia (PERTAMA) akan diadakan di Universiti Al al-bayt, Mafraq.


3.         Justeru, pihak PRISMA selaku tuan rumah amatlah berbersar hati dan memohon kepada semua ahli agar dapat bersedia untuk menerima para tetamu dari mantiqah luar dan memberi bantuan penempatan sepanjang PERTAMA berlangsung di mantiqah ini. Berikut adalah maklumat program :


                                                Tarikh    :  24 – 26 Februari
                                      Hari       :  Khamis - Sabtu
                                      Tempat   : Universiti Al al-bayt, Mafraq


4.         Sehubungan dengan itu,semua ahli PRISMA dialu-alukan untuk sama menjayakan program ilmiah ini dengan memberi sepenuh bantuan dan kemudahan bagi para peserta PERTAMA yang akan tiba nanti.


            Segala urusan atau pertanyaan boleh terus merujuk kepada ahli jawatankuasa penempatan saudara ABDULLAH SUA’DY ditalian 0775265077. Kerjasama dan jasa yang baik daripada semua ahli kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu khoiron jaza’.


Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
( Mohd Fikri B Muhamed Khusainy )
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Al al-bayt ( PRISMA )

Isnin, 14 Februari 2011

PERTANDINGAN ADOBE SEMPENA BULAN PENGHAYATAN AL-AMIN


BERITA MENARIK BUAT AHLI PRISMA
BERSEMPENA DENGAN BULAN PENGHAYATAN AL-AMIN

- Anda meminati editing dan designing?

- Bakat yang terpendam?
 
- Tidak tahu dimana ingin dikongsikan?

SERLAHKAN BAKAT ANDA DENGAN MENGIKUTI PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER MENGGUNAKAN ADOBE.

SYARAT & TERMA PENYERTAAN

1. Terbuka kepada SEMUA AHLI PRISMA kecuali Jawatankuasa PRISMA dan warga kerja Bulan  Penghayatan Al-Amin.

2. Pastikan karya adalah asli.

3. Hantarkan design anda format JPEG beserta format asal (PSD atau AI atau AEP) untuk memastikan anda tidak ‘menciplak’ mana-mana design.

4. Markah bonus untuk mereka yang menggunakan Adobe Illustrator (AI) dan Adobe After Effect (AE)

5. Tajuk : KAU TERHEBAT (RASULULLAH SAW)

6. Sertakan nama , takhassus  dan tahun bersama design anda.

7. Penilaian berdasarkan tajuk, kreatifiti, kekemasan dan memenuhi syarat.

8. Tarikh akhir penyertaan pada 15/2/2011

PENYERTAAN BOLEH DIHANTAR KEPADA :

SYABAB :
NIK MOHD SYAMIM IYLIA MAT YUSOFF (0779431133)
EMAIL : IBN.YUSUF@YAHOO.COM

AKHAWAT :
NUR IZZAH JAINUDIN (0779712538)
EMAIL : NIEZAH_-ZAH-88@HOTMAIL.COM

Ahad, 13 Februari 2011

STEP TO THE STAR


  
  Pada 29 Januari 2011, Persatuan Mahasiswa Al al-Bayt telah mengadakan program “Step To The Star” dengan kerjasama Ikatan Anak-Anak Negeri Sarawak (IANERIS), Jordan. Program yang berbentuk motivasi dan santai ini diadakan di Mudarraj Abi Ubaidah, Universiti Al al-Bayt. Program ini bertujuan untuk mengembalikan semangat belajar mahasiswa untuk menempuh semester thani (Kedua) yang akan bermula pada keesokannya. Peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bersama 2 orang fasilitator yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi PRISMA dan IANERIS. Terdapat 4 modul yang diketengahkan iaitu; Modul Taaruf, Modul Penyelesaian Masalah, Modul Fizikal dan Modul Pengukuhan.Dalam 4 modul ini, para peserta diminta untuk memilih identiti kumpulan masing-masing dan melakukan perbentangan mengenai identiti yang dipilih. Selain itu, para peserta diberi beberapa masalah pembelajaran yang sering dihadapi dan mereka ditugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  Secara keseluruhannya, semua peserta gembira walaupun terdapat beberapa kekurangan yang berlaku. Di kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang bersama-sama menggembleng tenaga dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang hadir dalam program ini serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. JazakALLAHu khair!
 KEPUTUSAN KESELURUHAN PROGRAM STEP TO THE STAR

NAMA KUMPULAN
MARKAH YANG DIPEROLEH
KEDUDUKAN
HARIMAU ASIA
675
6
TRIUMP
725
4
IBTISAM
745
2
TENANG
735
3
GENG STAR
725
4
INDAH WATER
750
1

ULASAN KETUA FASILITATOR

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua peserta mengambil bahagian dalam semua modul yang dilaksanakan. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Secara keseluruhannya, semua kumpulan telah mencuba sedaya-upaya untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Namun, ada beberapa aspek yang perlu ditekankan oleh semua peserta terutamanya:

1)       Aspek keriangan. Untuk makluman, aspek ini menyebabkan kumpulan anda tidak mendapat markah yang diharapkan. Dalam peraturan telah disebutkan, “senyum walaupun disakiti”. Peraturan ini dibuat untuk membantu anda, bukan dibuat untuk saja-saja.
2)      Aspek kekreatifan. Tahniah! Kebanyakan peserta telah menunjukkan bahawa mereka adalah mahasiswa university dan bukanlah pelejar sekolah menengah atau sekolah rendah. Banyak kelainan yang telah anda lakukan.

3)      Aspek ketepatan masa. Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah pengurusan yang tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, ada kumpulan yang mengambil kesempatan itu untuk melambatkan pergerakan.
4)      Aspek peraturan yang sering dilanggar. Dalam peraturan telah disebutkan, sebelum bercakap anda dimestikan untuk mengucapkan “terima kasih” namun, 1 dalam 10 orang sahaja yang mengucapkannya. Mengapa perlu ucap terima kasih? Jawapannya mudah. Itu sebagai penghargaan kepada kerja yang sahabat anda telah lakukan.

5)      Soalan yang merapu. Kebanyakan penyoal bertanya untuk mengenakan pembentang. Memang benar ini suatu kebiasaan. Tapi perlu diingat, sebenarnya pertanyaan diadakan untuk membina dan berkongsi pendapat serta melihat kesesuaian identiti yang dipilih dengan harapan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan(modul taaruf).namun, semuanya tersasar daripada apa yang diharapkan. Maaf kalau terlebih bahasa.

Sebenarnya ada banyak perkara lagi yang ingin disampaikan,tapi disebabkan takut dakwat pen tak cukup untuk menulisnya, cukuplah sampai disini sahaja saya menulisnya.

Tapi kan, kamu tetap yang terbaik. Kerana kamu telah mencuba yang terbaik. Walaupun keputusan tidak menunjukkan kamu yang terbaik,kamu tetap yang terbaik. Kerana keputusan itu berdasarkan pandangan hakim yang baik ;). Tapi pandangan kamu sendiri, kamulah yang terbaik. Jadi janganlah perasan kamu yang terbaik. Kerana kamu terbaik bukan dalam kalangan yang terbaik.Cuma terbaik dalam diri yang terbaik. (harap anda cuba untuk memahami ungkapan ini. Seandainya Berjaya, memang sah andalah yang terbaik)

Sekian.

“Be the best among the best”
Program Step To The Star PRISMA & IANERIS
Ketua Fasilitator

BULAN PENGHAYATAN AL-AMIN (Keluaran ke-2)


SALAM MAULIDUL RASUL

  Wahai rakan seperjuangan ku sekalian, pada yang sudi..ana ingin berkongsi, secebis perasaan yang makin berputik dihati, kali ini kita berbicara soal cinta..iaitu cinta kepada Rasulullah s.a.w

  Masya-Allah..hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa indahnya mencintai Rasulullah s.a.w, sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri beliau, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”, seindah Al-Quran..begitulah indahnya akhlak baginda. Tidak ada satu patah  perkataan Rasulullah yanh keluar dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian beliau..sememangnya tiada bandingan, tawadhu' & zuhudnya membuatkan yang berbicara bisa mengalirkan airmata.

  Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga, langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.  Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

  Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Humaira?”. Humaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

  Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

  Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya. Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.

  Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”. Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

  Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”

  Renung2 kan wahai rakan seperjuagan ku, indahnya akhlak baginda bukan sekadar bisa membuatkan kita mengalir airmata, malah ia membuatkan yang menghayati bisa jatuh hati, marilah bersama2 kita terokai akhlak baginda & marilah kita bersama amalkan akhlak baginda juga, tatkala kita turuti akhlak baginda sentiasa, moga makin berputik rasa cinta kita kepada baginda..

  Allahhumma solli a'la Muhammad wa a'la aalihi Muhammad










Selasa, 8 Februari 2011

BULAN PENGHAYATAN AL-AMIN


MASIKAH KAU INGAT???

Kandungan seorang ibu tidak seperti ibu-ibu lain yang merasa susah untuk menjaga kandungan. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Tanah-tanah kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat, haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya. Gajah-gajah yang ditunggang tentera bergajah berhenti dan berundur dengan izin ALLAH. Kemudian, datang burung Ababil menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Al-quran. Inilah antara peristiwa yang berlaku sebelum lahirnya kekasih yang sebenar-benar kekasih, Nabi Muhammad SAW.
Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah, terpancar nur dari tubuh badan seorang bayi. Nur tersebut menyinari sehingga ke istana Busra dan Syria. Ia dilihat solah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dlihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Aminah sendiri melihat baginda dalam kedaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ‘Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik’.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di Kaabah mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada ‘Abdul Mutalib, ‘Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada ALLAH. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ‘Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan menyucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan ALLAH SWT’.
Selain itu, di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.




Berdasarkan peristiwa tersebut, jelaslah kelahiran Nabi Muhammad SAW mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi ALLAH, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur, dan Injil sebagai rasul yang terakhir… Wallahu’alam…








UNIT DAKWAH & TARBIAH 2010/11

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia (PERTAMA) Kali Ke-5

Ke Arah Memahami Fiqh Berinteraksi Dengan Non-Muslim


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau seru itu) dengan cara lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

QS an-Nahl: 125

Alhamdulillah, pujian dan tahmid senantiasa dirafa’kan kehadrat Allah Azza Wa Jalla di atas nikmat ilmu dan kurniaan memahami agama yang hanif ini. Selawat dan salam buat baginda Sallallahu ’alaihi wa sallam, pembawa risalah wahyu yang kekal hingga hari kiamat.

Masyarakat majmuk di Malaysia adalah salah satu dari entiti yang membezakannya dengan negara-negara lain. Bangsa dan agama serta adat yang pelbagai memerlukan kepada saling faham memahami antara satu sama lain. Ini untuk memastikan keharmonian dan perpaduan dapat terus dikekalkan di tanah air kita yang tercinta. Ianya sangat berkait rapat dengan fiqh interaksi dengan bukan Islam.

Keistimewaan ini seharusnya dijadikan ‘modal’ untuk kita menunjukkan Islam yang harmoni kepada mereka. Sebagai mahasiswa yang harus memahami waqi’ atau realiti masyarakat kita hari ini, Biro Pembangunan Minda dan Akademik, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) kali ini akan mengambil inisiatif untuk kita cuba merangka satu gerak kerja untuk pulang ke tanah air dengan mempunyai satu soft skill iaitu faham berkenaan fiqh berinteraksi dengan Non-Muslim.

Ini dilihat sangat penting kerana tanggungjawab dakwah adalah terpikul dibahu setiap dari kita selain memandang kepada perlunya pemahaman jelas berkenaan kaedah sesuai bagaimana cara bermuamalah dengan mereka.

Justeru itu, tanggungjawab dakwah kepada bukan Islam bagi memperlihatkan keindahan dan keharmonian Islam harus digerakkan. Dengan cara ini, MPPMJ yakin, kita boleh melahirkan graduan timur tengah khususnya dari Jordan yang mampu untuk berhadapan dengan realiti semasa dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sosial yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.


Pendaftaran bagi PERTAMA 5 telah pun dibuka. Daftarkan nama anda kepada :


0775211345 - RABANI BIN SHUKOR
0775265192 - RAIHAN ADILA BINTI ZAKARIA


Sertakan NAMA PENUH dan NOMBOR KAD PENGENALAN.



Video Promo PERTAMA 5


Tentatif PERTAMA 5


Laman web PERTAMA 5 boleh dilayari di : www.pertama5.blogspot.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More